jose-mourinho

Lagi tentang kepentingan pendaftaran hakcipta bagi orang bisnes.

Semua peminat bola tahu Jose Mourinho adalah jurulatih pasukan MU.

Tetapi, apa yang menarik, pemilik pasukan Chelsea, Roman Abramovich telah mendaftarkan Chelsea Football Club Limited sebagai pemilik hakcipta wajah, nama penuh dan tandatangan Mourinho pada tahun 2005.

Hakcipta ini hanya akan tamat pada tahun 2025.

Ini bermakna mana-mana pasukan atau jenama yang ingin menggunakan wajah, nama dan tandatangan Mourinho secara komersil, mereka perlu membayar fi perlesenan kepada Chelsea.

Ini termasuklah pasukan Inter Milan dan Real Madrid yang pernah dilatih oleh Mourinho.

Walaupun Mourinho tidak lagi bersama Chelsea, namun Abramovich masih akan dapat keuntungan ‘atas angin’ dari mana mana pihak yang menggunakan nama dan autograf beliau.

Jadi apa saja ‘benda’ milik anda yang boleh menghasikan duit, daftarkanlah ia dengan segera sebelum ‘dicuri’ orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *