20131003_RaleighDenim_176

John Paul Dejoria, salah seorang billionair di US dengan nilai kekayaan US$3.4 bil dan berumur 73 tahun.

Beliau bermula dari bawah, sangat bawah.

Pada umur 9 tahun, Dejoria sudah mula jual kad Krismas dan suratkahabar bersama adiknya untuk bantu ibunya yang merupakan ibu tunggal.

Beliau dan adiknya akhirnya terpaksa dihantar ke rumah anak angkat kerana ibunya tidak mampu tanggungnya lagi.

Ketika bersekolah, gurunya pernah mengatakan, ”Kamu tidak akan berjaya dalam hidup ini.”

Tamat persekolahan, beliau jadi tentera laut dan selepas itu buat pelbagai kerja untuk tampung kehidupan; jadi penghantar suratkhabar, pemandu trak, penjaga bangunan, penjual ensaiklopedia, syampu, mesin fotokopi dan insuran.
.
Di satu ketika, beliau jadi gelandangan dan jadikan sebuah kereta Rolls Royce lama sebagai tempat untuk lelapkan matanya di waktu malam bersama anaknya yang baru berumur 2 tahun. Ini kerana isterinya tinggalkan beliau dan ambil kereta serta semua wang simpanannya.

Bagi belikan makanan untuk anaknya, beliau jual botol-botol kosong yang dikutip dari tong sampah.

Tapi Dejoria ada cita-cita besar dan beliau tidak pernah lupa cita-citanya.

Beliau akhirnya bekerja di sebuah pusat penjagaan rambut. Di situ beliau berkenalan dengan seorang pendandan rambut, Paul Mitchell, yang juga alami masalah kewangan.

Pada tahun 1980, mereka asaskan bisnes John Paul Mitchell System, produk penjagaan dan penggayaan rambut, dan dapat pelaburan sebanyak US$500 ribu dari seorang pelabur.
.
Tetapi di saat akhir, pelabur itu menarik diri dan mereka terpaksa bermula semula. Semua duit yang mereka ada dikumpulkan sebagai modal termasuk pinjaman US$700 dari ibunya,

Produk mereka dibotolkan dalam botol berwarna hitam putih kerana modal yang ada tidak cukup untuk beli botol berwarna.

Sedikit demi sedikit bisnes itu dibangunkan dan selepas 2 tahun, barulah bisnes mereka balik modal.

‘Fast forward’,  produk John Paul Mitchell System kini digunakan di lebih 150 ribu salon di seluruh dunia dan catat pendapatan lebih dari US$1 bil pada tahun 2017.

Tetapi apa yang lebih mengagumkan, Dejoria jadikan amalan menderma separuh dari pendapatan tahunannya kepada badan-badan kebajikan di seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *