ferrari-2_2074940b

‘False sense of security’ adalah keadaan di mana kita merasa selesa disebabkan oleh keadaan atau sesuatu, sedangkan sepatutnya kita perlu berhati-hati.

Contohnya pemilik-pemilik kereta mahal dan mewah cenderung memandu laju di lebuh raya kerana memandangkan kereta mereka berat, ia terasa stabil dan tidak goyah walaupun dipandu laju. Sedangkan realitinya, apa jua jenis kenderaan berisiko tinggi untuk terlkbat dalam kemalangan bila dipandu laju.

Keadaan yang sama wujud di dalam bisnes. Banyak syarikat besar yang terpaksa gulung tikar kerana mempunyai rasa ‘false sense of security’.

Mereka merasa selamat dan tidak terancam dengan pesaing disebabkan saiz syarikat dan penguasaan pasaran mereka yang besar.

Contoh terbaik adalah Nokia.

Nokia adalah pemain utama industri telefon pintar sebelum kemunculan Apple dan Samsung. Pengurusan atasan Nokia memandang rendah terhadap inovasi yang dibawa oleh Apple serta Samsung pada tahun 2007 dan menganggap teknologi Nokia jauh lebih baik.

Mereka percaya dengan kekuatan yang ada pada jenama Nokia, tiada perubahan yang perlu dibuat pada teknologi telefon bimbit Nokia.

Kesannya, penguasaan pasaran Nokia menjunam kepada hanya 3% hanya dalam masa beberapa tahun sebelum akhirnya ia dijual kepada Microsoft pada tahun 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *