32683109_10215993775902946_6623617719721787392_n

Logo memainkan peranan yang sangat penting dalam penjenamaan sesuatu perniagaan.

Ia adalah imej yang paling kerap dilihat oleh pengguna kerana digunakan di dalam kepala surat, kad nama, laman web, profil syarikat, iklan dan sebagainya. 

Salah satu faktor penting dalam penghasilan logo adalah keaslian. Ia perlu mempunyai identitinya sendiri dan tidak menyerupai logo jenama lain.

Logo lama AirAsia ditukar agar tampak lebih dinamik dengan pemilihan jenis font dan warna merah yang menggambarkan keberanian dan keringkasan sepertimana yang AirAsia mahukan.

Tiada sebarang gambar lain seperti gambar wau atau burung yang digunakan. Tujuannya agar apabila disebut nama AirAsia, hanya satu logo sahaja yang terbayang di minda pengguna sepertimana logo swoosh yang sinonim dengan jenama Nike.

Pada tahun 2010, AirAsia memperkenalkan pula identiti korporat baru dengan logo yang lebih segar, moden dan bergaya namun tetap menggambarkan keberanian, keringkasan dan keseronokan.

(Petikan dari ebook ‘Membina Bisnes Gaya AirAsia’. Klik di https://bit.ly/2oue0Un untuk maklumat lanjut. Percuma ebook ‘13 Kisah Inspirasi Usahawan Cina Berjaya’ dengan setiap pembelian).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *