era-ekonomibaru

Pada bulan September lalu, penyedia perkhidmatan perkongsian kenderaan Grab atau GrabCar mendapat perhatian komuniti bisnes apabila mengumumkan berjaya memperolehi dana pusingan pembiayaan sebanyak USD750 juta (RM3.1 bilion).

Dana terbaru ini meletakkan nilai syarikat Grab menjadi USD3 bilion (RM12.3 bilion).

Pada bulan yang sama, Airbnb mengumumkan pertambahan dana sebanyak USD 555 juta (USD2.3 bilion) dari pelabur yang meningkatkan nilai syarikat tersebut kepada USD30 billion (USD123 bilion).

Dan tiga bulan sebelum itu, Uber mengumumkan jumlah pelaburan baru sebanyak USD3.5 juta (USD14.4 juta) dan mendapat nilaian syarikat sebanyak USD62 bil (USD254 bilion).

Apakah persamaan ketiga-tiga syarikat start up tersebut?

Ketiga-tiga syarikat tersebut masih berada dalam kerugian, mempunyai aliran tunai negatif dan tidak mempunyai sebarang aset nyata.

Namun, nilai ketiga-tiga syarikat tersebut amat tinggi mencecah berbillion ringgit.

Inilah era ekonomi baru,era ekonomi start up.

Jika dahulu, nilai sebuah syarikat dikira berdasarkan maklumat-maklumat asas meliputi nilai aset, liabiliti, aliran tunai, keuntungan dan potensi untuk berkembang. Berdasarkan maklumat-maklumat asas tersebut, pelabur akan dapat mengira dan menentukan tahap risiko dan ganjaran (risk and rewards) yang akan mereka hadapi sekiranya melabur dalam sesuatu syarikat.

Sekarang, hanya dengan mempunyai model bisnes yang berpotensi tinggi dan boleh dikembangkan (scability), sesebuah syarikat boleh dinilai tinggi walaupun ia masih mencatat kerugian, tidak mempunyai aset dan mempunyai aliran tunai yang negatif.

Dalam era ekonomi start up, pelabur berisiko kehilangan semua wang pelaburan mereka sekiranya syarikat tersebut gagal diteruskan. Ini kerana tanpa aset, syarikat tersebut tidak mempunyai apa-apa yang bernilai untuk dijual bagi membolehkannya membayar balik sebahagian daripada wang pelabur.

Walaupun, era ekonomi start up semakin berkembang, namun di kalangan para pelabur veteran di Barat seperti Mark Cuban, mereka berpendapat trend ini tidak akan kekal.

Ini kerana pada tahun 2000, saham-saham syarikat teknologi Internet di Amerika Syarikat menjunam teruk dan mengakibatkan pelabur kerugian USD5 trilion (RM20.5 trilion) hanya dalam masa dua tahun.

Kejatuhan teruk ini dinamakan sebagai ‘Dotcom bubble’ dan ia disebabkan oleh keghairahan pelabur untuk membuat keuntungan tinggi dengan melabur di dalam syarikat-syarikat Internet yang hanya mempunyai jumlah pelanggan yang ramai tetapi langsung tidak mempunyai produk yang jelas dan tidak mencatat sebarang pendapatan.

Untuk mengelakkan situasi seperti tahun 2000 dari berulang, hanya satu strategi yang boleh diambil oleh syarikat-syarikat start up iaitu mula mencatat keuntungan.

Dan itulah yang dilakukan oleh Google dan Facebook. Dari sebuah start up yang pada mulanya banyak ‘membakar’ duit pelabur untuk membangunkan sistem dan menarik sebanyak mungkin pengguna, kedua-dua syarikat tersebut sudah mencatat keuntungan sebenar dan berpotensi membuat pembayaran dividen kepada pelabur-pelaburnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *