gty_elon_musk_jc_140612_16x9_992
Walaupun Elon Musk adalah pengasas dan CEO Tesla, beliau tidak boleh sesuka hati menjual saham bernilai USD1.4 billion yang dimilikinya.
 
Beliau hanya boleh menjualnya apabila telah mencapai 20 target syarikat yang telah ditetapkan oleh ahli lembaga pengarah syarikat dan ia perlu dicapai menjelang tahun 2022.
 
Antara target tersebut adalah :
 
1. Nilai keseluruhan saham Tesla perlu kekal lebih dari USD43.2 billion selama 6 bulan.
 
2. Margin kasar Tesla perlu kekal pada 30% atau lebih untuk 4 suku tahun berturut-turut.
 
3. Jumlah kenderaan yang perlu sampai ke tangan pengguna adalah sebanyak 25 ribu unit untuk suku tahun pertama.
 
Setakat ini, Elon Musk telah mencapai 14 daripada 20 target tersebut.
 
Ini adalah praktis lazim di kalangan syarikat-syarikat global yang diterajui oleh pengasasnya sendiri.
 
Apabila pengasas atau founder sesuatu syarikat dan mendapat pelaburan dari luar, mereka perlu mengorbankan sebahagian peratusan saham yang dimiliki kepada pelabur-pelabur tersebut.
 
Saham tersebut hanya boleh dijual hanya apabila mereka mencapai KPI atau target tertentu yang telah ditetapkan oleh ahli lembaga pengarah syarikat yang terdiri dari pelabur-pelabur tersebut.
 
Tujuannya adalah untuk memberi motivasi kepada pengasas serta memastikan pengasas tersebut terus komited membangunkan syarikat tersebut hingga berjaya. Ini kerana ada sesetengah pengasas hanya mempunyai matlamat untuk kaya cepat dengan cara menjual sahamnya apabila harganya naik dan meninggalkan syarikat tersebut selepas itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *