20131003_RaleighDenim_176

Seluar jean Raleigh Denim adalah jenama seluar jean moden tapi klasik yang popular di US dan dijual di pelbagai gedung fesyen terkenal di sana.

Ia dihasilkan sepenuhnya menggunakan tangan dengan menggunakan mesin jahit lama dan setiap pasang akan ditandatangani oleh pembuatnya serta dicop dengan nombor siri.

Jenama ini diasaskan oleh dua orang anak muda, Lytvinenko dan Sarah, pada tahun 2007.

Ketika itu Lytvinenko bekerja sebagai jurulatih bola sepak dan Sarah pula merupakan pelajar jurusan rekabentuk di sebuah universiti.

Pendapatan Lytvinenko ketika itu hanyalah sekitar USD11,000 setahun. Untuk menambah pendapatan, beliau dan Sarah membeli sebuah mesin jahit lama yang murah dan mereka membaikinya untuk digunakan bagi memulakan bisnes membuat seluar.

Pesanan yang diterima pada peringkat awal cuma sehelai sebulan. Selepas beberapa lama beroperasi, berita tentang servis membuat seluar mereka tersebar di kalangan penduduk di bandar Raleigh dan beberapa buah kedai lain mula mengambil stok seluar jean tersebut secara consignment.

Tidak lama kemudian, sebuah rangkaian televisyen tempatan menemubual mereka dan jenama seluar jean mereka semakin popular.

Pada suatu hari dalam tahun 2009 seorang rakan kepada rakan mereka bertanya apa yang ingin mereka capai dalam tempoh 5 tahun lagi dan Sarah menjawab tanpa berfikir panjang yang dia ingin melihat jean mereka dijual di Barneys. Barneys merupakan rangkaian gedung fesyen US yang menjual jenama-jenama fesyen terkemuka seperti Saint Laurent, Isabel Marant, Stella McCartney, Balenciaga, The Row dan Givenchy.

Dan rakan kepada rakan mereka berdua itu mengenali seorang eksekutif pembelian di Barneys lalu mengaturkan satu pertemuan seminggu selepas itu di ibu pejabat Barneys di New York.

Terrie Simpson, a seamstress, works on a pair of jeans at the Raleigh Denim Workshop in Raleigh, NC on Friday, November 21, 2014.

Dalam tempoh seminggu itu, dengan modal yang terhad Lytvinenko dan Sarah mengejar masa untuk membuat beberapa contoh seluar jean, katalog ringkas dan kad nama.

Tetapi, mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk ke New York.Bisnes mereka ketika itu masih kecil dan jualan bulanan yang ada hanya sekadar cukup untuk menampung kos operasi.

Ayah Lytvinenko setuju membantu dengan syarat mereka membawa bersama sepupu Lytvinenko yang baru tiba dari Ukraine. Dengan wang sebanyak USD300 dan van mini ayah Lytvinenko, mereka menempuh perjalanan selama 8 jam ke New York.

Untuk menjimatkan kos, mereka tinggal di rumah seorang rakan.

Hasil pertemuan tersebut, Barneys bersetuju mengambil stok percubaan sebanyak 114 pasang untuk dijual di 2 gedung Barneys di Beverly Hills dan Madison Avenue.

Pasangan itu teruja tetapi ada satu masalah iaitu mereka kekurangan modal. Bagi mengatasi masalah tersebut, mereka mengambil keputusan untuk mengambil pinjaman kerana ini adalah peluang besar untuk mereka mengembangkan bisnes mereka.

Dengan pinjaman tersebut mereka menambah peralatan, bahan mentah dan turut menggaji pekerja pertama mereka yang merupakan bekas pekerja di kilang Levi’s pada sekitar tahun 60an.

Stok jean mereka di Barney’s terjual dengan cepat. Barney memesan stok tambahan dan dari sini kedai-kedai lain mula mengenali jenama Raleigh Denim dan turut membuat pesanan.

Lytvinenko dan Sarah juga mula membuka kedai mereka sendiri di Raleigh 3 tahun selepas itu, diikuti dengan sebuah lagi kedai di New York.

Rentetan dari populariti jenama Raleigh Denim, pada tahun 2016, jenama fesyen mewah Kate Spade bekerjasama dengan mereka bagi menghasilkan koleksi jean edisi terhad.

Kini bisnes mereka mempunyai seramai 30 orang pekerja dan setiap minggu beratus-ratus seluar jean dihasilkan. Jenama jean mereka ini sudah mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Dan selepas 10 tahun, pada awal tahun ini, syarikat Lytvinenko dan Sarah berjaya memeterai urusniaga antarabangsa pertama mereka dengan menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat antarabangsa, Canada’s Meta-Brands Inc. bagi memasarkan jenama seluar jean mereka di Kanada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *