ST_05.04.2016_1609654881 Kua Chee Siong/ wsprofile06/ Profile picture of Madam Sa'adah Jan (also known as Ummi Abdullah), which will go alongside Budget debate story. Madam Sa'adah was cited by MP Rahayu Mahzam as a positive example on the spirit of partnership and shared responsibility between the Government and the people. She had to sell her four-room flat and had her car repossessed at the lowest point of her life, when a business venture failed and she was unable to repay her bank loans. Met with debts of $100,000 and with three children to feed, Madam Sa'adah met her MP K Shanmugam who arranged for her to receive financial assistance. Today she is a successful entrepreneur with two businesses - a tingkat business Dapur Ummi Abdullah, and a Nasi Ambeng cafe at Simpang Bedok.##########wsprofile06##########KUA CHEE SIONG

Pada tahun 2010, wanita di atas ini diuji apabila bisnes pengurusan konferen yang diusahakan bersama rakan niaganya terpaksa ditutup. Lebih perit, beliau dibebani dengan hutang bisnes sebanyak SD100,000.

Namanya Sa’adah Jan dan tinggal di Singapura.

Sa’adah terpaksa menjual apartment 4 biliknya, kereta dan memberhentikan pembantu rumah. Beliau berpindah ke flat 1 bilik bersama suami dan 5 orang anak beserta adik dan ibunya yang sakit kanser.

Meskipun suaminya bekerja, sebahagian besar dari gaji suaminya terpaksa digunakan untuk membayar hutang bisnes beliau dan apa yang tinggal hanyalah SD300 untuk belanja keperluan harian.

Jika satu pintu tertutup, sepuluh pintu lain akan terbuka. Tidak mahu membuang masa dan mengenang kegagalan lalu, Sa’adah mula melayari Facebook untuk mencari idea bisnes baru yang boleh dilakukan beliau.

Beliau mendapati ramai ibu-ibu bekerja mengeluh kerana kesuntukan masa untuk memasak apabila pulang dari kerja dan di sini Sa’adah mula terfikir alang-alang setiap hari memasak untuk keluarga, beliau boleh memasak lebih untuk dijual.

Dengan menggunakan Facebook, Sa’adah mempromosikan bisnesnya dengan memasukkan gambar-gambar masakan beliau. Bisnesnya dinamakan Dapur Ummi Abdullah.

Ia mendapat sambutan dan beliau menerima sebanyak 300 tempahan sehari. Jumlah tempahan yang semakin meningkat membuatkan bisnesnya tidak sesuai lagi beroperasi dari rumah. Dan dengan undang-undang Singapura yang ketat, Sa’adah diminta memasak di dapur berpusat (central kitchen).

Sa’adah memilih untuk menyewa di medan selera terlebih dahulu kerana kosnya lebih rendah. Selepas mengumpul modal selama 2 tahun, beliau berjaya membuka dapur berpusat sendiri pada tahun 2013.

Pada waktu ini, Sa’adah dan suaminya bekerja selama 20 jam sehari kerana mereka sudah mengembangkan pasaran dengan memasak untuk majlis perkahwinan, tempahan untuk acara dan ibu-ibu mengandung. Kerap kali mereka bermalam di taman permainan kanak-kanak berdekatan kedai mereka.

Atas permintaan pelanggan-pelanggannya yang semakin ramai, Sa’adah membuka sebuah restoran yang menghidangkan nasi ambeng sebagai menu utama. Restorannya dinamakan Ambeng Café.

Jumlah tempahan nasi berlauknya dari ibu-ibu bekerja mencecah 1,000 tempahan sehari dan setiap hari nasi ambengnya terjual sebanyak 200 pinggan sehari.

Nasi ambeng Sa’adah mendapat pengiktirafan dari pengkritik makanan dan Sa’adah turut tersenarai di dalam Top 50 World Street Food Masters List.

mtc1

Walaupun telah mencapai tahap ini, Sa’adah tidak mahu berpuas hati. Pada tahun 2016, beliau dan suaminya membuka restoran makanan Asia dan barat Tiffin Club, Noosh Noodle Bar & Grill dan juga Anggerik Bakery. Pada tahun ini pula, mereka melabur SD30,000 untuk membuka gerai yang dinamakan Kakak Kentang di sebuah medan selera hipster.

Ketika ditanya apa rahsia kejayaan bisnes mereka, jawab Sa’adah ringkas;

“Makanan yang sedap dan layanan yang baik.”

(Olahan dari artikel di Vulcanpost)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *