ditipu-setengah-juta

Ada orang kata, jika kita hendak menjalankan bisnes sendiri, semangat kena cekal, jiwa kena kena tabah dan emosi kena kuat. Bidang bisnes bukan untuk mereka yang lemah semangat dan mudah tumbang bila ‘dihembus angin kencang’.

Ditipu dalam bisnes memang perkara lumrah, namun apabila ditipu hampir setengah juta, tidak semua mampu menerimanya dan terus bertahan.

Itulah yang dialami oleh pengasas lipstik Lerve, Puan Azlin Hilda Abdul Latif.

Ketika masih bekerja sebagai penjawat awam pada tahun 2014, beliau menjalankan bisnesnya secara dalam talian dengan menjual produk orang lain. Beliau bergerak seorang diri dan kesemuanya dilakukan sendiri termasuklah membungkus 0 hingga 100 barang sehari.

Pada waktu rehat semasa waktu kerja pula, beliau mencuri masa untuk membuat penghantaran barang di pejabat pos.

Selepas berjaya mengumpul modal sebanyak RM7,000.00 beliau tekad untuk berhenti kerja dan berbisnes sepenuh masa. Beliau mengeluarkan produk makanan jenamanya sendiri iaitu Bellesa dan ketika produk itu mendapat mula sambutan, rakannya menipunya sehingga kerugian RM500,000.00.

Enggan mengalah dan bersedih dengan ujian yang dihadapinya, Puan Azlin  memaafkan rakannya. Tanpa membuang masa, beliau bangkit semula dan mengatur strategi menghasilkan produk kosmetik. Kali ini beliau bekerjasama dengan penyanyi Datin Alyah untuk menghasilkan gincu berjenama Lerve.

Dengan populariti yang dimiliki oleh Datin Alyah, ,000 gincu berjaya dijual dalam masa dua hari sebaik sahaja dipromosikan di dalam Instgram penyanyi tersebut.

Dari situ, Puan Azlin tidak menoleh ke belakang lagi.

Daripada bekerja seorang, beliau melantik pekerja untuk membantunya dan menumpukan fokusnya pada pemasaran dan penghasilan produk baru.

Untuk memperluaskan lagi jaringan jualan produknya, Puan Azlin melantik lebih 20 orang stokis di seluruh negara. Kebanyakkannya terdiri dari suri rumah yang memang beliau pilih untuk membantu mereka menjana pendapatan sampingan bagi membantu suami.

Sekarang, beliau bukan sahaja gembira apabila melihat bisnesnya berjaya. Malah beliau lebih gembira melihat suri-suri rumah ini mampu mempunyai wang sendiri untuk berbelanja tanpa perlu bergantung pada suami.

(Sumber : Harian Metro)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *