20171205_222739

Ketika remaja berusia 16 tahun yang lain sedang seronok melalui alam persekolahan dan sibuk menghadapi peperiksaan, beliau hanya mampu terbaring kaku di atas katil dan hanya kepalanya sahaja boleh digerakkan.

Hampir 2 tahun beliau terpaksa menanggung derita itu. Mengenangkan keadaan dirinya yang tidak mampu mengurus dirinya sendiri, adakalanya beliau merasakan masa depannya telah hancur pada waktu itu.

Itulah ujian berat yang menimpa gadis remaja bernama Haziqah Nurul Huda Harun atau lebih dikenali sebagai Yaya, 4 tahun lalu. Pada usia 16 tahun, Yaya terpaksa berhenti sekolah kerana diserang demam panas yang teruk sehingga mengakibatkan gegendang telinganya pecah dan dirinya terlantar tanpa mampu bergerak.

Mujur ibu dan ayahnya ada untuk menjaga dan memberi semangat kepadanya. Kedua ibubapanya tidak berputus asa membantu Yaya menjalani latihan fisioterapi di rumah sehinggalah beliau mampu menggerakkan separuh badannya dan menggunakan kerusi roda.

Sebaik pulih, Yaya yang tinggal di Kemaman, Terengganu mula risau memikirkan tentang masa depannya yang tidak mempunyai sebarang sijil akademik sedangkan beliau tidak mampu berjalan jika hendak sambung belajar atau bekerja sendiri. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk belajar membuat kuih bakul dari seorang rakan Facebooknya dari Beijing, China.

Berbekalkan kemahiran baru yang dipelajarinya, Yaya memberanikan diri memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Dengan bermodalkan RM300 hasil simpanan wang rayanya dan juga pinjaman dari ayahnya, Yaya membeli bahan mentah dan kelengkapan asas seperti oven dan pengukus.

bakul1

Beliau mula mengambil tempahan kuih bulan dari pelanggan-pelanggan Muslim yang ingin merasai kuih bulan yang halal. Dari hanya beberapa puluh tempahan yang diterima setiap minggu, ia meningkat kepada 2,000 hingga 3,000 tempahan setiap minggu. Tidak berapa lama kemudian tempahan yang diterima meningkat kepada 15,000 hingga 20,000 seminggu bukan sahaja dari dalam negara malah dari Singapura, Rusia, Timur Tengah, China, Australia, Brunei, India, Thailand dan Korea Selatan.

Yaya amat cermat dalam menguruskan perbelanjaan perniagaannya dan setiap wang keuntungan jualannya dikumpul kerana beliau bercita-cita untuk membesarkan perniagaannya suatu hari nanti.

Dan kini selepas 4 tahun, Yaya berjaya mengumpul sebanyak modal sebanyak RM150,000 dan beliau melaburkannya untuk membuka sebuah kilang pengeluaran dan menggaji 8 orang pekerja.

Dengan beroperasi dari kilang yang lengkap, beliau kini mampu meningkatkan pengeluaran sehingga 60,000 kuih bulan seminggu bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Fokus beliau kini mendapatkan sijil pengesahan Makanan Selamat Tanggungjawab Industi (MeSTI) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *