charles

Charles Forman adalah seorang pemuda Chicago yang tiada pendidikan tinggi dan belajar sendiri cara buat perisian yang mudah.

Kerana minat buat aplikasi permainan untuk telefon bimbit, beliau habiskan masa dari tahun 2006 hingga tahun 2012 cuba buat pelbagai aplikasi permainan untuk iPhone bersama pasukannya.

Sepanjang tempoh 6 tahun tersebut, 34 aplikasi permainan Forman hasilkan yang setiap satunya ambil masa yang lama dan modal yang banyak.

Tetapi tiada satu pun yang dapat sambutan dan jumlah muat turun yang mereka harapkan.

Sebanyak US$17 juta duit pelabur dihabiskan tanpa sesen untung pun dibuat.

Tetapi tanpa disangka aplikasi permainannya yang ke 35, Draw Something dapat sambutan dan dimuat turun sebanyak 36 juta kali dalam tempoh 5 minggu.

Ini tarik minat beberapa syarikat pembangun aplikasi permainan untuk beli syarikat Forman.
.
Namun ia tidak mudah. Perbincangan tawaran tersebut ambil masa beberapa bulan dan satu demi satu gagal capai persetujuan.

Pada peringkat ini, Forman sudah mula rasa letih dan berputus asa. Ini kerana beliau taruh harapan yang sangat tinggi agar ia berjaya dijual. Selepas 6 tahun berusaha, modal syarikatnya hanya tinggal US$1,700 dan beliau sudah hampir-hampir untuk tutup syarikatnya.

Tetapi sebulan selepas itu Zynga, syarikat yang hasilkan aplikasi permainan Farmville yang popular di Facebook ketika itu umumkan mereka setuju beli syarikat Forman dan aplikasi permaninannya pada harga USD180 juta.

Sebaik selesai urusniaga tersebut, Forman yang dapat US$20 puluh juta, kemudiannya mulakan projek baru dengan hasilkan aplikasi Picturelife.

[ Olahan dari Business Insider/Mashable/Financell ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *