Datuk Dr Paul ChanTuck Hoong

31 tahun lalu, seorang pensyarah, Datuk Dr Paul ChanTuck meletak jawatannya di Universiti Malaya untuk menceburi bidang bisnes.

Beliau melakukan pelbagai bisnes termasuklah bisnes pembinaan rumah, membuat penapis minyak dan membuat sarung tangan getah.

Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Tetapi tiada satu pun bisnes tersebut yang kekal kerana beliau suka melompat dari satu bisnes ke satu bisnes yang lain.

Selepas beberapa lama, baru beliau menyedari untuk berjaya dan menjadi betul-betul mahir, beliau perlu fokus kepada satu jenis bisnes sahaja.

Memandangkan beliau masih mempunyai rasa cinta kepada dunia pendidikan dan keinginan untuk menurunkan ilmu, beliau dan isterinya melaburkan wang simpanan sebanyak RM25,000 milik mereka untuk membuka sebuah pusat pendidikan tinggi di sebuah kedai kecil di Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Ketika menubuhkan HELP pada usia 43 tahun, Datuk Dr Paul ChanTuck Hoong tidak pernah terfikir yang ia akan berjaya seperti sekarang.

Datuk Dr. Paul berusia 43 tahun pada waktu itu dan beliau tidak bercita-cita besar ketika itu. Impian beliau hanyalah untuk memberi peluang melanjutkan pelajaran tinggi kepada seberapa ramai rakyat Malaysia yang mungkin kerana pada waktu itu tidak ada banyak pusat pendidikan tinggi seperti sekarang.

Pusat pendidikan kecil mereka yang dinamakan Institut HELP itu hanya mempunyai 2 buah kelas, 30 orang pelajar dengan satu kursus yang ditawarkan iaitu Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti London.

Memandangkan pada masa belum wujud lagi sebarang IPTS untuk dijadikan rujukan, Datuk Dr. Paul terpaksa memikirkan strateginya sendiri untuk menarik minat orang ramai datang belajar di Institut HELP beliau yang kecil itu.

Strategi utama yang beliau gunakan adalah menawarkan peluang mendapatkan ijazah dari universiti luar negara pada kos yang rendah dengan memperkenalkan program berkembar dengan universiti luar negara.

Strateginya berjaya dan pencapaian Institut HELP dalam masa 6 tahun pertama itu menarik minat syarikat Selangor Properties untuk membeli 51% pemilikan saham dengan suntikan modal sebanyak RM3 juta.

HELP-University

Institut HELP berpindah ke bangunan yang lebih besar di Pusat Bandar Damansara. Dan satu program berkembar dengan universiti di UK, Datuk Dr. Paul berjaya mendapat kepercayaan dari 24 universiti lain dari Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Kanada, Indonesia, Vietnam, China dan Eropah.

Kejayaan tersebut membolehkan Institut HELP mendapat status kolej universiti pada tahun 2004 sebelum dinaiktaraf menjadi universiti penuh beberapa tahun selepas itu.

Dari pusat pendidikan tinggi kecil, Institut HELP kini menjadi salah satu daripada IPTS terbesar di Malaysia dengan jumlah pelajar lebih dari 11 ribu orang pelajar dengan 4 buah kampus dan lebih 20 kursus yang ditawarkan.

Pada tahun 2007, Universiti HELP telah disenaraikan di Bursa Malaysia dan menerima anugerah Forbes sebagai salah satu syarikat di Asia Pasifik dengan pendapatan di bawah USD1 billion pada tahun 2011.

Pada waktu itu, Datuk Dr. Paul memegang 8% saham bersama isteri dan 2 orang anaknya.

Pada tahun 2013, Universiti HELP dibeli oleh sebuah syarikat pelaburan Singapura pada harga sekitar SGD111 juta.

Walaupun tidak memiliki sebarang saham lagi, Datuk Dr. Paul yang berusia 74 tahun masih aktif menyumbang dengan menjadi Presiden dan Naib Canselor.

– The Star/Asian Venture Capital Journal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *