56828100_10218483940275499_3579989248490602496_n

Alvimar da Silva (baju oren) sebelum ini adalah pemandu Uber di bandar Sao Paolo, Brazil.

Selepas 6 bulan memandu, beliau dapati Uber tidak pergi ke kawasan-kawasan yang jauh kerana berisiko tinggi dan tiada internet.

Alvimar nampak ini sebagai peluang.

Pada 2017, beliau berhenti dan tubuhkan syarikat ride-hailing sendiri, JaUbra.

Dengan hanya gunakan telefon, pen dan kertas A4, dia lancarkan servis tersebut dari garaj rumahnya.

Ia dapat sambutan kerana kawasan-kawasan tersebut kurang pengangkutan awam. Kebanyakan pelanggannya adalah mereka yang ingin ke hospital, pasar dan pesta-pesta sosial di waktu malam.

Beberapa orang pemandu lain kemudiannya diajak apabila pelanggan semakin ramai. Anak perempuan Alvimar turut berhenti kerja dan bantu beliau.

Dengan duit pampasan berhenti kerja yang diterima, anaknya bangunkan apps JaUbra.

Mereka juga berpindah dari garaj ke pejabat selepas berjaya dapat pelaburan RM55 ribu dari seorang pelabur serta majlis perbandaran.

Dari 50 pemandu sedia ada, kini 500 pemandu lagi ingin sertai JaUbra.

Buat masa ini JaUbra terima purata 3 ribu tempahan sebulan. Bagi setiap tempahan ia ambil 15% komisen dan jumlah ini cukup untuk tampung kos operasi bulanannya.

Ditanya tentang saingan dari Uber pada masa akan datang, jawab Alvimar da Silva;

“Semasa bermula, ramai yang sangka kami tidak akan lakukannya dan kami akan berhenti.

Tetapi selepas 2 tahun, kami masih ada dan saya akan tinggalkan bisnes ini sebagai legasi untuk keluarga saya.”

[ AFP ]

* Mulakan dengan apa yang ada di tangan dan….Just Do It!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *