story_03_lrg

MASA dan KESABARAN adalah dua resepi utama mencapai kejayaan.

Colonel Sanders mula menjual ayam gorengnya secara kecil-kecilan di stesen minyak miliknya pada tahun 1930.

Pada tahun 1952, restoran francais KFC yang pertama dibuka di Utah, USA.

Dalam masa 11 tahun, Colonel Sanders mengembangkannya kepada sebanyak 600 restoran dan pada tahun 1964, beliau menjual KFC pada harga USD2 juta kepada sekumpulan pelabur yang diketuai oleh John Y. Brown Jr.

Pemilik baru ini menambahbaik lagi pengurusan KFC dan berjaya menambah jumlah francais KFC kepada 3,000 restoran di 48 buah negara dalam masa hanya 7 tahun.

Pada tahun 1971, Brown menjual KFC kepada syarikat pengeluaran makanan, Heublein pada nilai USD285 juta.

Selepas 15 tahun atau pada tahun 1986, Pepsi pula membeli KFC pada harga USD850 juta.

Seterusnya, Pepsi menggabungkan KFC, Pizza dan Taco Bell pada tahun 1997 di bawah satu syarikat senaraian awam yang kini dikenali sebagai Yum’s Brand dengan nilai penyenaraian sebanyak USD4.5 bilion.

Dan pada waktu itu, jumlah francais KFC telah mencecah 30,000 restoran dengan jualan tahunan USD10 bilion.

KFC mengambil masa 67 tahun (1930 – 1997) untuk berkembang dari 1 restoran ‘kecil’ kepada 30,000 restoran francais.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *