nokia-3310

Jenama Nokia.

Dahulu jenama ini cukup gah, handal dan menguasai pasaran.

Tapi kesilapan strategi bisnes menyebabkan mereka ketinggalan keretapi dan akhirnya tertinggal jauh di belakang Apple, Samsung dan jenama jenama lain.

Satu kajian yang melibatkan temubual dengan 76 kakitangan di Nokia mendedahkan budaya kerja Nokia fear atau ketakutan menjadi salah satu sebab kejatuhan jenama Nokia.

Pekerja pekerja bawahan takut untuk menyampaikan maklumat kepada pengurusan atasan dan pertengahan. Ini kerana mereka biasanya akan diherdik oleh bos bos jika menyampaikan maklumat yang tidak sedap untuk didengar.

Justeru mereka memilih untuk tidak memberitahu pengurusan atasan maklumbalas dari pengguna pengguna Nokia berkenaan OS (operating system) Symbian Nokia yang agak ‘inferior’ berbanding iOS iPhone dan OS Android.

Maklumat yang tidak tepat menyebabkan pengurusan atas Nokia membuat keputusan dan strategi yang salah.

Apapun, Microsoft pernah cuba memberi ‘nyawa’ baru dengan memasukkan ‘roh’ OS Windows tapi gagal. iOS Apple dan OS Android tetap menjadi pilihan pengguna.

Kali ini, di bawah pengurusan syarikat baru, Nokia cuba membuat comeback dengan menggunakan OS Android.

Bagi pengguna yang pernah setia dengan Nokia, ini satu berita baik. Mereka tidak akan teragak agak untuk membelinya kerana faktor nostalgia.

Tapi Nokia tidak boleh hanya bergantung faktor nostalgia dan past glory untuk berjaya. Di akhirnya nanti, faktor yang akan menentukan hidup mati telefon pintar Nokia adalah ciri ciri dan harganya.

Jika ia gagal lagi, maka ia dikebumikan buat kali ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *