kfc

Walaupun John Y. Brown, Jr. menolak tawaran bekerja dengan Col Sanders, tetapi beliau menerima tawaran membangunkan rangkaian restoran barbeku yang sedang dirancang oleh Col. Sanders. Ini kerana dia kagum dengan kejayaan Col. Sanders membangunkan jenama ayam goreng beliau.

Seorang jutawan iaitu Jack Massey melabur dalam bisnes tersebut. Brown membuka sebuah restoran untuk melihat potensinya dalam pasaran. Selepas beberapa bulan, beliau mendapati tarikan restoran barbeku terhad kepada kawasan tertentu sahaja. Bisnes sebenar adalah dalam restoran ayam goreng yang mempunyai tarikan ramai.

Lalu, pada bulan Oktober 1963, Brown dan Massey membuat tawaran kepada Col. Sanders untuk membeli bisnes ayam goreng KFC beliau.

Tetapi Col. Sanders menolak. Beliau enggan menjual kerana risaukan pemilik barunya akan mencari jalan mudah untuk membuat untung dengan mengubah resepi ayam goreng beliau yang dianggap sudah sempurna dan terbaik.

Brown dan Massey tetap cuba meyakinkan beliau untuk menjual dengan mengatakan pada umur tersebut sepatutnya Col. Sanders sudah boleh berehat dan menikmati hasil titik peluhnya. Mereka juga berjanji tidak akan bertolak ansur dalam soal kawalan kualiti makanan dan tidak akan mengubah resepi ayam goreng tersebut.

Mereka menawarkan untuk membeli bisnes Col. Sanders pada harga US$2 juta (US$15 juta dalam nilai hari ini), memberinya pegangan saham, dijadikan penasihat syarikat dan kekal menjadi wajah rasmi Kentucky Fried Chicken.

Col. Sanders tetap tidak berganjak. Meskipun beliau tahu tawaran itu berpatutan namun bagi beliau tindakan menjual bisnes tersebut adalah umpama seorang bapa menjual anaknya, sesuatu yang tidak patut dilakukan.

Brown tetap memujuknya hingga sanggup membawa Col. Sanders mendapatkan pandangan dari mereka yang rapat dengan beliau atau mereka yang akan turut mendapat maafaat dari pembelian tersebut. Ini termasuklah anak-anak beliau, cucu, anak saudara, paderi, akauntan, pegawai bank dan pemilik restoran yang telah membeli francais resepi ayam goreng tersebut.

Colo. Sanders mengambil masa selama tiga bulan untuk membuat keputusan dan hanya pada blan Januari 1964, barulah Col. Sanders bersetuju menandatangani kontrak persetujuan. Tarikh 6 Mac 1964 kemudiannya ditetapkan bagi memuktamadkan semua urusan pembelian termasuk urusan pembayaran.

Dalam tempoh 2 bulan tersebut, Brown tidak senang duduk dan sentiasa menjangkakan urusniaga tersebut akan dibatalkan. Ini kerana Col. Sanders masih teragak-agak dengan keputusannya dan semakin gelisah untuk melepaskan bisnesnya. Namun, apabila tiba tarikh tersebut, Col. Sanders datang dengan tersenyum lebar dan mengambil wang pembayaran pedahuluan sebanyak US$500 ribu. Sebagai tambahan beliau turut akan menerima gaji tahunan sebanyak US$40 ribu (dinaikkan kepada US$75 ribu selepas itu).

Dan sebaik mengambilalih bisnes Col. Sanders, Brown terus melaksanakan 4 strategi bisnes yang berjaya mewujudkan 3,500 restoran francais KFC dalam tempoh 3 tahun berikutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *