f212-966x446

Mark Payne merupakan perunding inovasi terkenal dunia yang ‘bekerja’ dengan syarikat-syarikat Fortune 500. Hasil perundingan inovasinya dianggarkan telah menghasilkan pendapatan lebih USD 3 billion kepada syarikat-syarikat yang menggunakan khidmat beliau.

Menurut beliau, cara berkesan untuk mencari idea inovasi dalam sesebuah organisasi bukannya dengan mengumpulkan beberapa orang di dalam satu bilik, melakukan ‘brainstorming’ dan menulis idea-idea tersebut di atas Post-It Notes dan menampalnya di dinding.

Cara berkesan yang sering beliau gunakan adalah dengan mengenalpasti proses kerja yang hendak ditambahbaik dan menugaskan beberapa orang pekerja yang bertanggungjawab terhadap proses tersebut untuk mencadangkan satu idea inovasi setiap seorang.

Kemudiannya, mereka dikumpulkan di dalam satu bilik dan setiap seorang akan membentangkan idea mereka. Setiap ahli lain dibenarkan ‘menyerang’ idea orang lain dan idea yang diserang perlu dipertahankan oleh pemilik idea tersebut dengan fakta dan hasil kajian, jika ada, untuk membuktikan idea mereka yang terbaik.

Idea yang terpilih kemudiannya akan diperhalusi dan diperkembangkan lagi secara berkumpulan.

Young man presenting new app design to colleagues

Cara ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan semangat atau memburukkan idea orang lain, tidak. Ia bertujuan untuk memastikan setiap idea yang dibentangkan telah diperhalusi sebaik mungkin dari semua aspek bagi meningkatkan kebarangkalian ia berjaya.

Namun, cara ini hanya sesuai untuk organisasi yang mengamalkan budaya terbuka dalam pengurusannya di mana setiap orang bukan sahaja bebas dalam memberi pandangan dan idea tetapi juga bersikap terbuka dalam menerima kritikan, pandangan dan idea orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *