Screenshot_20171001-095234

Jika anda adalah peminat makanan ringan atau ada anak yang suka makan makanan ringan, jenama Miaow Miaow dengan logo muka kucing tersenyum mungkin biasa anda lihat.

Walaupun jenama Miaow Miaow telah dieksport ke lebih 40 buah negara dengan 7 juta peket pengeluaran setiap bulan, ia tidak terus bermula dengan sebuah kilang pengeluaran.

Bisnes keluarga yang diasaskan oleh Chink Poh Cheng ini bermula hanya dengan sebuah van terpakai di Batu Pahat, Johor, 42 tahun lalu. Mereka bermula dengan bisnes trading, menjual apa sahaja barangan keperluan yang mereka boleh dapat termasuk ubat gigi dan sabun.

Mereka hanya mula berniaga makanan ringan apabila didapati ia lebih mudah untuk dijual dan bekalannya mudah diperolehi.

Setelah beberapa tahun membina nama sebagai pembekal makanan ringan, keluarga Chink mula merancang untuk mengeluarkan makanan ringan sendiri. Memandangkan mereka tiada modal untuk membina kilang sendiri dan juga tiada kepakaran teknikal untuk melakukannya, keluarga Chink memutuskan untuk mendapatkan kidmat kilang lain bagi menghasilkan makanan ringan mereka terlebih dahulu.

Hanya pada akhir tahun 1989, mereka benar-benar bersedia untuk melakukannya sendiri setelah skala pengeluaran yang ditetapkan berjaya dicapai.

Chink memanggil kesemua ahli keluarga untuk membincangkan perkara tersebut dan di antara perkara yang dibincangkan adalah jenama makanan ringan tersebut. Sebelum itu makanan ringan mereka tidak berjenama kerana tidak seperti zaman sekarang, pada waktu itu kebanyakan produk keluaran sendiri tidak mempunyai jenama kerana dilihat sebagai tidak penting.

Chink menetapkan jenama produk mereka perlu mengandungi perkataan berulang. Dan jenama Miaow Miaow dipilih apabila tiba-tiba salah seorang anak saudaranya memanggil seekor kucing yang sedang melintas di hadapannya. Tambahan lagi di dalam bahasa Cina, Miaow bermaksud cemerlang.

maxresdefault

Pada tahu 1999 atau 10 tahun selepas kilang mereka beroperasi, barulah keluarga Chink mengembangkan bisnes dengan mula mengeksportnya ke luar negara. 60% pendapatan bisnes mereka kini datang dari jualan eksport dan antara negara utama eksport produk Miaow Miaow adalah Arab Saudi.

Menurut Chink, sepanjang bisnes keluarganya beroperasi, ia tidak pernah menghadapi sebarang masalah kewangan. Dengan dibantu oleh abangnya yang pernah bekerja sebagai pengurus kilang di syarikat Lee Rubber, kewangan syarikat diurus dengan cara konservatif atau ‘kedekut’ dalam bahasa biasa. Setiap perbelanjaan dipantau dengan begitu teliti dan pengurusan aliran tunai amat dititikberatkan.

Hanya baru-baru ini, bisnes keluarga Chink ini membuat pelaburan besar sebanyak RM1.6 juta bagi tujuan penjenamaan semula bagi memposisikan produk keluaran mereka agar setanding dengan jenama-jenama lain dari segi pembungkusan dan kualiti makanan.

Kebanyakan ahli keluarga masih bekerja di dalam bisnes ini dan dari segi jualan, tahun ini ia mencecah RM53 juta (tahun kewangan berakhir pada akhir Jun 2017).

– The Star / Vulcan Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *