jojo-roti-canai

Ada dua cara untuk memulakan bisnes.
Cara pertama, mulakan secara besar dengan mengambil pinjaman untuk mengeluarkan produk, menyewa kedai, membeli peralatan dan sebagainya.
Cara kedua, mulakan dengan apa yang ada di tangan terlebih dahulu. Jika tiada pengalaman, cari ilmu dengan cara bekerja dengan orang lain. Apabila bisnes sudah ada sambutan, kembangkan ia sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.
Usahawan produk roti canai sejuk beku,  Zahar Mohd Nor mengikut cara kedua.
Beliau bermula daripada bawah.
Sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Zahar terus mencari kerja. Pada usia muda itu, beliau sudah mula mempunyai perancangan untuk mencari pengalaman dan ilmu sebanyak mungkin dalam bidang perniagaan makanan dengan berkuli dengan orang lain terlebih dahulu.
Zahar tidak perlu menunggu lama, seorang pemilik kedai makanan di Kuala Keru, Negeri Sembilan menawarkan beliau pekerjaan sebagai tukang buat air.
Sambil melakukan pekerjaan membuat air, beliau mengambil kesempatan dan peluang untuk mempelajari cara-cara membuat roti canai. Peluang yang ada juga digunakannya untuk mempelajari selok-belok mengendalikan perniagaan makanan.
Dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehinya, Zahar mengorak langkah awal menghasilkan roti canainya sendiri. Beliau tidak membuka kedai makanan sendiri terlebih dahulu tetapi sebaliknya beroperasi secara kecil-kecilan di rumah.
Produk roti canai tersebut dijenamakan sebagai Jojo Roti Canai dan dijual dari rumahnya.
Namun,Zahar tidak berniat untuk berniaga secara kecil-kecilan, sebaliknya mempunyai perancangan untuk membesarkannya sedikit demi sedikit.
Beliau menyertai program 2 Years Exit Policy Programme di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi bantuan kepada peniaga kecil yang miskin untuk meningkatkan pengeluaran, sekaligus meningkatkan pengeluaran.
Sebelum itu beliau merupakan peserta di bawah e-Kasih di bawah Program Pembasmi Kemiskinan Bandar di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan JKM.
Kata beliau, “Dengan program ini, saya dapat menggunakan mesin membancuh tepung. Setiap hari, saya uli serta tebar 500 keping roti canai serta martabak untuk dijual di kedai dan sejuk beku.
Dan kini, produk Jojo Roto Canainya telah mula dieksport ke Abu Dhabi hasil bantuan seorang saudaranya yang bekerja di negara tersebut.
(Sumber : Sinar Harian)

 

Lebih banyak kisah bisnes dan inspirasi di Facebook penulis.
FB Porfile