67567569_10219344748115157_146996299382652928_n

Pada umur 14 tahun, Darrel Jobe dari California, US sudah dipenjara kerana mencuri kereta dan memiliki senjata curi.

Setahun sebelum itu beliau berhenti dari sekolah dan sertai kumpulan gangster. Hidup beliau selepas itu dihabiskan dengan pergaduhan, tembak menembak dan keluar masuk pusat tahanan remaja.

Begitulah rutin hidup Jobe sebagai gangster sehinggalah ketika berumur 23 tahun beliau dipenjarakan dan dikurung di dalam bilik gelap selama 23 jam sehari.

Di saat beliau mula terfikir untuk berubah dan berkata kepada diri beliau sendiri ;

”Inilah diri kamu sekarang tetapi kamu (sebenarnya) tidak mahu jadi seperti ini.”

Beliau berjanji pada diri sendiri untuk ubah hidupnya dan jadi ayah yang baik kepada anak-anaknya. Beliau tidak mahu jadi seperti bapanya yang tinggalkannya sewaktu kecil.

Hukuman Jobe akhirnya dikurangkan dan beliau dibebaskan.

Langkah pertama Jobe adalah cuba cari pekerjaan.

Tetapi seperti dijangka tidak banyak syarikat yang mahu ambil beliau kerana latarbelakangnya sebagai bekas banduan.

Jobe tidak berputus asa sehinggalah suatu hari ayah kepada seorang rakan beliau setuju bantunya. Selepas mengambil ujian personaliti seperti yang disyaratkan, beliau akhirnya diambil bekerja di sebuah kilang pembungkusan.

Walaupun dipandang serong oleh rakan-rakan sekerjanya yang lain, Jobe tidak pedulikan mereka.

Beliau fokus pada kerjanya dan lakukannya bersungguh-sungguh hingga bejaya jadi pekerja terbaik.

Jobe juga tidak rancang untuk bekerja dengan orang lain buat selama-lamanya. Sambil bekerja, beliau belajar dengan melihat bagaimana bisnes diuruskan.

Selepas 10 tahun bekerja, beliau nampak peluang apabila kerajaan US mula haramkan pengunaan bahan pembungkusan dari polisterin.

Jobe ambil keputusan berhenti dan tubuhkan syarikatnya sendiri, Vericool yang keluarkan bahan pembungkusan yang mesra alam sebagai alternatif kepada polisterin, pada tahun 2015.

4A VERICOOL 1_00.00.00.21_1544709727509.png_6519209_ver1.0_1280_720

Untuk cari bahan semulajadi yang sesuai, beliau belajar sendiri proses hasilkan bahan pembungkusan dari bahan seperti buluh, jerami, sabut kelapa dan kanji hinggalah berjaya temui bahan yang sesuai.

Peraturan dan kesedaran tentang bahaya polisterin bantu bisnesnya meningkat dengan cepat dan berjaya tarik pelaburan US$10 juta dari sebuah firma pelaburan.

Pada tahun 2018 ia catat jualan US$2 juta dan tahun ini ia jangka dapat catat jualan US$40 juta berdasarkan tempahan yang diterima.

Lebih membanggakan, bekas banduan yang tidak habis belajar sekolah menengah ini sudah failkan permohonan 30 paten ciptaannya dan 5 darinya sudah diluluskan.

Namun, beliau tidak pernah lupa bagaimana beliau bermula.

Beliau pernah diberi peluang kedua dan kini, Jobe turut beri peluang kepada bekas banduan untuk bekerja di syarikatnya. Satu perempat dari 45 pekerjanya pernah dipenjarakan.

Dan setiap pekerjanya diberi peluang untuk miliki saham menerusi pelan pilihan saham syarikat.

 

[ Forbes ]

 

* Masa lalu bukan penentu masa depan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *