Nick-Bayer-Saxbys-600

Pada tahun 2005, Saxbys yang merupakan rangkaian kafe kopi ala Starbucks diasaskan di US oleh seorang anak muda berumur 25 tahun.

3 tahun selepas itu ia diisytiharkan bankrup dan diselamatkan oleh sebuah firma pelaburan persendirian yang percaya kepada visi pengasasnya, Nick Bayer. Ia kini mempunyai 23 cawangan dan mencatat pendapatan sebanyak RM27 juta pada tahun 2016.

Bayer berkongsi 3 sebab utama mengapa ia gagal pada peringkat awal :

1. Beliau langsung tidak membuat rancangan perniagaan.

2. Modal bisnesnya dibiayai menggunakan kad kredit.

3. Bisnes Saxbys dikembangkan dengan cara francais pada waktu ia belum bersedia dari segi kewangan serta operasi dan separuh dari francaisornya tidak mempunyai kemampuan kewangan. Royalti yang diterima dari francaisor sedia ada tidak cukup untuk menampung perbelanjaan pemasaran, pembangunan produk, sumber manusia dan lain-lain.

Beliau juga berkongsi 3 sebab utama Saxbys berjaya bangkit kembali :

1. Pelabur barunya mengajar ‘untuk membuat duit di dalam bisnes, kita perlu membelanjakannya terlebih dahulu’.

2. Bayer dibimbing untuk menghasilkan ‘mission statement’ Saxbys agar beliau dan pekerjanya tahu mengapa Saxbys ditubuhkan dan apa yang ingin dicapai.

3. Cawangan-cawangan yang telah difrancaiskan dibeli kembali untuk disusun semula dan diurus sendiri.

Ketika ditanya apa nasihatnya kepada orang muda yang mahu memulakan bisnes sendiri, Bayer yang kini berumur 39 tahun berkata;

“Berkuli terlebih dahulu. Belajar sebanyak mungkin mengenai bisnes yang ingin dijalankan. Gunakan pengalaman tersebut untuk membuat rancangan perniagaan supaya anda jelas bagaimana ia akan dilaksanakan.”

(Diolah dari artikel Forbes).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *