38072394_10216550905870847_4172888167780712448_n

Jiwa TS Syed Mokhtar tidak sesuai dengan pembelajaran di Institut Goon, Kuala Lumpur. Beliau lebih selesa belajar di lapangan.

Mujur Haji Rahmat, rakan ayah saudaranya yang menjaga beliau berfikiran terbuka. Haji Rahmat menyedari perkara ini dan menggalakkan TS Syed Mokhtar mengikut kata hatinya.

TS Syed Mokhtar memilih untuk menjalankan bisnes pengangkutan lori. Haji Rahmat membantu menubuhkan syarikat yang dinamakan Syarikat Kenderaan Sentosa pada tahun 1972. TS Syed Mokhtar yang berusia 22 tahun mula mencari rakan-rakan lama beliau yang dapat membantu beliau mendapatkan permit dari Kementerian Pengangkutan.

Pada waktu ini juga Dasar Ekonomi Baru baru dilancarkan bagi membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu dan permohonan untuk mendapatkan dua permit oleh TS Syed Mokhtar diluluskan dengan empat permit diberi.

Beliau kemudian membeli lori Mercedes Benz dengan menggunakan pinjaman MARA. Tapi duit pendahuluan yang disediakan oleh TS Syed Mokhtar hanya cukup untuk membeli dua buah lori.

Ini bermakna ada dua permit lagi yang tidak digunakan. Ahli perniagaan Cina yang mengetahui perkara ini cuba untuk memajak permit tersebut dari beliau dengan kaedah AliBaba.

TS Syed Mokhtar tidak melayan tawaran mereka dan menyimpan permit tersebut.

Bisnes pengangkutan lori pada waktu dimonopoli oleh peniaga Cina. Maka, TS Syed Mokhtar melantik seorang pengurus berpengalaman dari bangsa Cina, En. Yeoh, bagi menguruskan syarikatnya.

Bagi memikat hati En. Yeoh, TS Syed Mokhtar menawarkan gaji RM450 dengan insentif perkongsian 6 peratus dari keuntungan. Gaji En. Yeoh di syarikat lama adalah RM350, satu jumlah yang cukup besar pada masa itu.

En. Yeoh dipilih kerana beliau mempunyai rangkaian perhubungan dengan ejen-ejen beras di Kedah yang memerlukan pengangkutan untuk menghantar beras-beras ke Kuala Lumpur dan Johor. Ramai dari kalangan mereka adalah dari bangsa Cina.

Syarikat TS Syed Mokhtar mempunyai 6 pemandu dan beliau memastikan kesemuanya berbangsa Melayu. Bisnesnya beroperasi 24 jam dan setiap lori yang membuat penghantaran dipastikan pulang dengan membawa muatan lain seperti gula, tepung dan apa sahaja yang diperlukan oleh pasaran Alor Setar.

(Diolah dari Biografi Syed Mokhtar AlBukhary)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *