https___blogs-images.forbes.com_susanadams_files_2019_01_AskinosiePic

Pada tahun 2005, seorang peguam jenayah berjaya di Missouri, US yang sudah 20 tahun bekerja ambil keputusan berani berhenti untuk mulakan bisnes sendiri.

Shawn Askinosie yang berusia 40 tahun ketika itu merasakan beliau sudah sampai ke kemuncak kerjayanya dan perlu lakukan sesuatu yang baru, sesuatu yang lebih bermakna dalam hidupnya.

Entah mengapa, beliau memilih memasak dan membuat kek sebagai hobi sementara mendapat inspirasi.

Akhirnya, beliau mendapat inspirasi untuk membuka kilang coklat selepas belajar membuat coklat selama 10 hari di Ecuador.

‘Think big or go home’ atau ‘berikan segala-galanya yang untuk capai apa yang dimahukan atau jangan buat langsung’ menjadi pegangan Askinosie.

Dengan wang simpanan US$750 ribu dan pinjaman US$1 juta beliau membeli sebuah kilang coklat.

Tetapi model bisnes Askinosie berlainan dari pengeluar coklat lain.

Beliau memilih untuk membuat coklat menggunakan biji koko yang dibeli terus dari penanam koko di Ecuador dan Tanzania. Beliau membayar harga yang lebih tinggi dari yang biasa dibayar oleh orang tengah kerana beliau ingin membantu penanam-penanam koko ini mendapat pendapatan lebih tinggi.

Coklat keluarannya mendapat sambutan. Anak beliau membantu dalam memasarkan coklat tersebut dengan dijual terus ke kedai-kedai dan berjaya dijual di lebih 200 buah kedai ketika itu. Kilangnya pula menggaji 15 orang pekerja.

Staff Photo

Pada tahun 2008, ekonomi US merudum dan jualan coklat Askinosie menurun dan menjejaskan bisnesnya.

Tidak tahu apa hendak dibuat beliau mula mencari panduan di Google dan mendapat idea untuk mendapatkan bantuan nasihat dari mereka yang berpengalaman dengan mewujudkan ahli lembaga penasihat sukarela untuk syarikatnya.

Beliau berjaya mendapatkan tiga orang berpengalaman dan mereka bertemu sebanyak empat kali pada empat bulan pertama. Dengan nasihat mereka, Askinosie melakukan beberapa perubahan pada operasi bisnes beliau.

Antaranya beliau mula menggunakan perisian kewangan dan perakaunan yang dapat memberi maklumat lebih terperinci dan membantu beliau mengurus aliran tunai dengan lebih berkesan.

Sebagai contoh, sebelum ini kedai yang memesan produknya hanya akan membayar selepas 30 hari. Sedangkan pada masa yang sama kilangnya perlu membeli bahan mentah untuk membuat coklat dengan terma pembayaran yang berbeza.

Beliau juga mengurangkan pekerja sebanyak 3 orang untuk mengurangkan kos walaupun hatinya berat.

Kilangnya dapat bertahan mengharungi tempoh sukar selama beberapa tahun itu.

Sekarang Askinosie Chocolates berjaya tambah pelanggannya dengan jualan di hampir 1,000 kedai. Jualannya pada tahun 2018 adalah sebanyak US$2 juta dengan mencatat untung dan kini mempunyai 17 orang pekerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *