PhotoAApakah yang anda akan lakukan sekiranya bisnes anda kehilangan hak pengedaran produk yang menjana jutaan ringgit pada setiap tahun?

Itulah yang dialami oleh sebuah syarikat tempatan, Kit Loong Commercial Tyre Group. Pada pada tahun 2007,mereka kehilangan hak untuk mengedarkan tayar berjenama premium dari Perancis yang diuruskan semenjak tahun 1960. Sepanjang tempoh tersebut, syarikat tersebut telah menjual lebih dari sejuta unit tayar menerusi 300 pengedar.

Namun, selepas 10 tahun, pengurusan Kit Loong berjaya membina kembali bisnes mereka dan mencatat pendapatan RM45 juta pada tahun 2016.

Antara langkah yang diambil oleh mereka untuk membina kembali bisnes adalah :

 

1. Tidak membuang masa ‘meratapi’ kehilangan hak pengedaran

Walaupun kecewa kerana telah melabur banyak untuk memperkenalkan jenama tersebut, pengurusan Kit Loong tidak membuang masa dan terus mengkaji kembali perancangan syarikat bagi membolehkan syarikat terus beroperasi.

 

2. Mengubah fokus bisnes dengan menguatkan kembali produk sedia ada yang lain

Kit Loong turut menjalankan bisnes tayar celup untuk kereta ketika itu. Namun, ia hanyalah bisnes sampingan dan tidak menyumbang banyak kepada pendapatan syarikat kerana harga tayar celup untuk kereta tidak jauh bezanya dengan harga tayar baru ketika itu.

Memandangkan mereka sudah memiliki kepakaran teknikal dalam menghasilkan tayar celup, pengurusan Kit Loong memutuskan untuk menilai kembali potensi bisnes ini untuk dijadikan bisnes teras syarikat.

 

3. Mengenalpasti pasaran berpotensi untuk produk baru yang difokuskan

Pengurusan Kit Loong menetapkan fokus kepada sektor kenderaan komersil seperti syarikat logistik dan syarikat pengangkutan bas kerana penggunaan tayar dalam sektor ini lebih tinggi berbanding pengguna kenderaan harian. Sebagai contoh, sebuah syarikat logistik yang besar perlu menukar beratus malah beribu tayar kenderaannya pada satu-satu masa berbanding pengguna biasa yang hanya menukar tayar maksimum 4 buah pada satu masa.

Kelebihannya di sini, tayar celup untuk kenderaan komersil adalah rendah berbanding tayar baru dan ini mampu menjimatkan kos syarikat logistik.

 

4. Membuat pelaburan dalam meningkatkan teknologi pengeluaran syarikat

Harga tayar celup yang lebih rendah tidak akan menjamin kelangsungan produk tayar celup Kit Loong. Justeru, pengurusannya menekankan pada pengeluaran tayar celup yang berkualiti tinggi selamat untuk digunakan. Sebanyak RM15 juta dilaburkan untuk menaiktaraf teknologi pengeluaran yang digunakan.

 

5. Memperkenalkan servis baru yang melengkapi produk yang ditawarkan.

Bagi menambah aliran pendapatan syarikat, pengurusan Kit Loong memperkenalkan servis pengurusan tayar bersepadu secara kontrak kepada syarikat-syarikat besar yang menggunakan kenderaan komersial.

Servis ini boleh dilanggan secara pukal bermula serendah RM10 juta atau langganan RM20 untuk setiap buah tayar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *