Screenshot_20170703-232823
Kebiasaannya apabila menjelang raya radio kita akan terimbau saat-saat manis ketika beraya di kampung di Melaka sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Rasa rindu pun sedikit sebanyak hadir.

Menariknya, cetusan nostalgia seperti ini adalah salah satu ‘ciri’ manusia yang dimanipulasi oleh pakar pemasaran di barat untuk mempengaruhi pelangggan.

Martin Lindstrom (pakar penjenamaan US yang mengkaji pengaruh minda bawah sedar pelanggan dalam membuat pembelian) memberi satu contoh di mana gedung-gedung membeli belah akan menggunakan pewangi khas di bahagian ibu mengandung dan bayi untuk mencetuskan nostalgia di minda pelanggan yang terdiri dari ibu-ibu yang sedang mengandung.

Pewangi tersebut terdiri dari bau-bauan bedak atau losyen yang biasa digunakan oleh ibu-ibu mereka sewaktu mereka sewaktu mereka kecil.

Menurut Martin, kajian yang dilakukan mendapati nostalgia yang tercetus di minda pelanggan akan membuatkan mereka merasa selesa serta gembira, dan ini meningkatkan kemungkinan mereka membuat pembelian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *