Kimi Takura, chief executive officer of Heisei Enterprise Inc., poses for a photograph inside one of the company's buses in Fujimi, Saitama, Japan, on Tuesday, Jan. 10, 2017. The company Takura set up in 1992 now operates a fleet of 400 buses for sightseeing, overnight services across Japan and daily school runs. Photographer: Tomohiro Ohsumi/Bloomberg

25 tahun lalu di Jepun, seorang anak muda berusia 26 tahun terpaksa dimasukkan ke hospital selama sebulan akibat keletihan melampau gara-gara bekerja siang dan malam tanpa rehat sebagai penghantar barang.

Namanya Kimi Takura. 8 tahun sebelum itu beliau terpaksa berhenti sekolah kerana bisnes ayahnya bankrap dan tidak mampu untuk menanggung persekolahannya lagi.

Selepas keluar dari hospital, beliau terus mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk menjalankan bisnes bas pelancongan.

Ini kerana beliau minat memandu. Dan seseorang memberitahu Takura, beliau patut membuat duit dengan minatnya itu .

Bagi mendapatkan modal, beliau menjual satu-satunya harta yang beliau beli hasil kerja kerasnya sebagai penghantar barang, iaitu kereta Jaguarnya. Di Jepun kereta Jaguar dijual tanpa cukai dan harganya ketika itu hanya sekitar USD26,000.00.

Dari hasil jualan kereta Jaguarnya, Takura membeli sebuah bas. Dan dalam tempoh setahun berikutnya, hampir setiap hari beliau memandu bas membawa pelancong Taiwan dari Tokyo ke Osaka dan Kyoto. Bisnes ini dijalankannya bersendirian tanpa pekerja atau rakan niaga. Dialah bos dan dialah kuli.

Selepas setahun beroperasi, Takura mula memikirkan untuk menambah basnya kerana tidak dapat memenuhi permintaan yang semakin banyak. Tetapi beliau tidak mempunyai modal. Tambahan lagi, ekonomi Jepun sedang meleset ketika itu dan ini menyukarkannya untuk mendapat sebarang pinjaman.

Takura kemudiannya membuat keputusan untuk bertemu dan berbincang dengan seorang pemilik sebuah syarikat pelancongan di Taiwan yang juga merupakan salah seorang pelanggan utamanya. Sebelum itu beliau terpaksa menolak tempahan dari pemilik syarikat pelancongan tersebut.

1024px-Heisei_Enterprise_VIP_Liner_Selega-HD

Beberapa hari selepas itu, sebelum pulang ke Jepun, mereka berjumpa sekali lagi dan pemilik syarikat pelancongan itu terus memberikan satu beg kertas yang mengandungi wang sebanyak UDS180,000.00 dan memberitahu Takura untuk menggunakannya bagi membeli bas lagi.

Dengan modal tersebut, Takura menambah tiga buah lagi bas.

Selepas 25 tahun, syarikat Takura, Hensei Entreprise Inc. kini menjadi sebuah empayar bas pelancongan di Jepun dengan memiliki 400 bas pelancongan serta bas sekolah dan membawa pelancong ke serata Jepun.

60% tempahannya datang dari tempahan dalam talian dan dari 1996 hingga sekarang, Hensei Entreprise berterusan mencatat keuntungan dan mempunyai 800 orang pekerja.

Selain dari bas pelancongan, Takura kini turut menceburi bisnes rumah rehat di Tokyo dan Osaka bagi mengambil peluang dari peningkatan jumalah pelancong yang datang ke Jepun. Terdapat 5 buat rumah rehat dan kesemuanya beroperasi berdekatan stesen bas bagi memudahkan pelanggannya datang.

wasabi

– Japan Times / Bloomberg

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *