james-freeman-in-kiyosumi-cafe-tokyo-japan-05022015-0504889244-default-

15 tahun lalu, James Freeman memulakan bisnes memproses dan menjual serbuk kopi dari bangsal kecil di Oakland. Kopi yang dipesan oleh pelanggan akan dihantar ke rumah menggunakan kereta wagon Peugeot miliknya.

Freeman memastikan setiap pelanggan menerima kopi tersebut dalam tempoh 48 jam selepas ia ditempah bagi memastikan mereka dapat menikmati rasa kopi segar.

Selain itu, Freeman turut menjual kopinya di pasar tani.

Bisnesnya itu dimulakan dengan modal sebanyak USD15,000.00 yang diperolehi sebagai pampasan dari syarikatnya apabila syarikat tersebut ditutup.

Sehingga tahun 2008, Freeman menggunakan wangnya sendiri serta kredit kad untuk memastikan bisnesnya mampu bertahan. Sepanjang tempoh ini, beliau berjimat sehabis mungkin sehinggakan penyeduk kopinya dibuat sendiri dari bekas jag susu.

Malah, semua pekerjaan dilakukan sendiri.

Selepas 8 tahun beroperasi bermula secara kecil-kecilan, beliau mendapatkan sedikit modal dari pelabur kecil untuk membuka kafe kopi premium hipsternya yang pertama dan diberi nama Blue Bottle Coffee.

Untuk mempromosi kafe kopinya, Freeman melakukan pemasaran dari mulut ke mulut dan juga mendapatkan khidmat seorang wartawan makanan untuk menulis artikel mengenai kafenya.

Artikel tersebut disiarkan di akhbar The New York Times pada hari pertama ia dibuka.

Blue Bottle Brooklyn.

Blue Bottle Brooklyn.

Hanya selepas tahun 2012, beliau menerima suntikan pelaburan sebanyak USD120 juta dari pelabur. Dalam tempoh hanya 5 tahun berikutnya, kafe Blue Bottle Coffee berkembang kepada 40 cawangan yang terletak di San Franscisco, Los Angeles, New York, Washington DC dan Tokyo.

Menjelang akhir tahun 2017, 25 lagi kafe akan dibuka dan Freeman menyasarkan peningkatan jualan sebanyak 70%.

Sesuai dengan identitinya sebagai kafe kopi premium, Freeman bukan sahaja menggunakan serbuk kopi yang terbaik, malah peralatan membancuh kopinya diimport dari Jepun. Setiap pembancuh kopi atau barista di Blue Bottle Coffee pula bukan sahaja diberi latihan, malah Freeman memastikan baristanya gembira kerana beliau percaya barista yang gembira akan menghasilkan kopi yang lebih baik.

Di Jepun, selepas 4 bulan dibuka pada tahun 2015, pelanggan masih sanggup menunggu 4 jam untuk mencuba kopi Blue Bottle Coffee.

Untuk membezakan Blue Bottle Coffee dengan kafe kopi premium lain seperti Starbucks dan Gloria Jean’s Coffee, Freeman bukan sahaja mementingkan rasa air kopinya dan proses membancuh kopi tersebut.

Pengalaman yang dirasai oleh pelanggan sebaik sahaja masuk ke kafenya turut dititikberatkan.

Pelanggan yang masuk ke Blue Bottle Coffee akan merasai suasana yang sama seperti di dalam kedai Apple dengan rekaannya dalaman yang minimalis, moden dan luas.

BCSG_105_DC53503_S

Untuk mencapai tujuan ini, Freeman menggaji seorang bekas pekerja Apple.

Setiap butiran kecil berkaitan susun atur kafe tersebut diberi perhatian seperti berapa jauh pelanggan dari barista apabila mereka masuk dan adakah pelanggan selesa dengan pemegang pintu kafe apabila memegangnya.

Penggunaan perabot, hiasan dan peralatan diminimumkan sebanyak mungkin bagi mengurangkan gangguan visual kepada pelanggan. Dengan ini, sebaik pelanggan melangkah masuk, mereka tahu yang mereka akan merasa gembira, akan dilayan dengan baik dan tahu apa yang sepatutnya dilakukan.

Selain kafe, kini Blue Coffee turut menjual produk serbuk kopinya dalam talian dan menghasilkan air kotak kopinya sendiri.

Pada bulan September 2017, Nestle membeli 68% pegangan saham Blue Bottle Coffee yang dimiliki oleh pelabur-pelabur awal pada harga USD500 juta. Baki 32% lagi akan dipegang oleh Freeman dan pekerja-pekerja Blue Coffee Bean.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *