fb_img_14835342966356496

Bagaimana mempersiapkan bisnesĀ kita dalam menghadapi suasana ekonomi yang semakin suram ?

Pelanggan semakin kurang berbelanja, kos barang makin meningkat dan pada masa yang sama gaji pekerja masih perlu dibayar dan sewa masih perlu dilunaskan.

Hanya segelintir usahawan berkongsi keperitan yang bisnes mereka sedang hadapi sekarang.

Salah seorangnya adalah pemilik JM Bariani House, Datuk Zulkarnain Mustapa yang berkongsi pengalamannya beberapa tahun lalu.

Daripada 23 cawangan yang dibuka secara francais, kini yang bertahan adalah sebanyak 15 cawangan.

Datuk Zulkarnain tidak malu mengakui kesilapannya tidak membuat persiapan menghadapi kelembapan ekonomi hari ini.

Memandangkan restorannya tergolong dalam kategori restoran berharga mahal, jumlah pelanggan semakin berkurangan kerana sekarang ramai yang berjimat.

Pendapatan bisnesnya jatuh sebanyak 30 peratus, kos makin meningkat dan keuntungan yang ada tidak cukup untuk menampal kerugian yang berlaku.

Kenaikan harga minyak masak botol sahaja menyebabkan mereka bertambah sebanyak RM12,000 sebulan. Itu belum dicampur lagi dengan kerugian akibat kos beras dan mentah lain yang meningkat.

Secara purata JM Bariani perlu menampung kenaikan kos sebanyak RM55,000 setiap bulan.

JM Bariani tidak boleh beralih menggunakan bahan-bahan mentah yang murah kerana ia akan menjejaskan kualiti dan rasa makanannya. Contohnya, mereka menggunakan madu premium menggantikan gula untuk memberi rasa sedap pada makanan.

Begitu juga dengan minyak masak. Penggunaan minyak masak dalam peket akan mengurangkan rasa kesedapan makanan.

Jika Datuk Zulkarnain sewenang-wenangnya menggunakan bahan mentah murah, pelanggan-pelanggan tetap sedia ada akan komplen dan JM Bariani berisiko kehilangan mereka.

Sebagai salah satu strategi mengekalkan bisnes JM Bariani, beliau akan memperkenalkan menu dengan harga murah untuk, sekitar RM10.00 memberi pilihan pada pelanggan.

Jualan dari menu harga murah ini diharap akan dapat menampung sebahagian dari penurunan jualan menu harga mahal mereka.

Mereka juga telah memperkenalkan konsep trak makanan bagi mereka yang berminat membuka bisnes JM Bariani pada kos yang lebih rendah berbanding membuka restoran yang boleh menelan kos lebih dari RM100 ribu.

2

Pemilik food truck hanya perlu mengambil makanan dari dapur berpusat JM Bariani di Subang Jaya dalam jumlah yang mencukupi dan bergerak ke lokasi-lokasi strategik untuk berniaga.

Dan sebagai strategi jangka panjang, JM BarianiĀ  membuat pelaburan untuk mempelbagaikan rangkaian produk makanannya dengan memperkenalkan produk makanan sejuk beku.

jm