Kid_Entrepreneur_Parenting

Richard Branson menjadi usahawan pada usia 16 tahun dan mencapai jualan 1 juta pertamanya pada usia 25 tahun.

Ketika ditanya bagaimana caranya mendidik anak untuk menjadi usahawan dari kecil, ini jawapannya,
” Terima hakikat, belajar di sekolah bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai kejayaan. Setiap orang belajar dengan cara yang berbeza, ada yang mampu belajar secara akademik dan ada yang lebih suka belajar daripada pengalaman atau secara hands-on.

Saya sendiri mengalami masalah pembelajaran di sekolah dan mujur ibubapa saya tidak obses dengan pembelajaran secara akademik semata-mata.

Sebagai seorang ahli perniagaan dan bapa, ini nasihat saya :

Galakkan anak-anak untuk mula berfikir apa yang mereka mahu capai di dalam hidup mereka.

Kemudian, tanam mindset yang betul di dalam minda mereka seperti berikut :

– Kita akan belajar dari melakukan kesilapan.

– Melalui pengalaman, kita akan menemui banyak perkara yang baru.

– Orang berjaya adalah orang yang sanggup mengambil risiko untuk mencuba dan mereka tidak malu untuk meminta pertolongan dari orang lain bila perlu.

– Lakukan apa yang kita suka dan suka dengan apa yang kita lakukan.

– Berputus asa adalah jalan termudah untuk diambil apabila berhadapan dengan kesukaran. Tapi jika kita sanggup bertahan dan bangkit kembali, kita akan terkejut dengan apa yang kita mampu capai.

(New York Times Syndicate)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *