amazon-sign

 

Di dalam artikel yang disiarkan di dalam Bloomberg, ada 3 ciri utama pada laman web Amazon.com yang meletakkannya sebagai laman web marketplace yang paling popular dan bernilai tinggi berbanding laman web marketplace yang lain :

 

1. Pelbagai pilihan produk

Ada jutaan produk dijual di Amazon daripada pensel hinggalah ke produk kegunaan industri dan dari pelbagai jenama.

Pencuci muka sahaja ada lebih dari 8 ribu jenis.

Pelanggan suka membeli di ‘kedai’ yang menyediakan banyak pilihan produk supaya boleh dibuat perbandingan.

 

2. Harga

Majoriti harga produk yang dijual di Amazon lebih rendah dari yang dijual di kedai-kedai fizikal.

Pelanggan mana yang tidak sukakan diskaun?

 

3. Keupayaan memenuhi tempahan

Amazon mempunyai gudang-gudang sendiri untuk memastikan setiap tempahan sampai ke tangan pelanggan pada tempoh yang ditetapkan. Gudang-gudang ini memproses produk yang dijual sendiri oleh Amazon.

Bagi produk yang dihantar terus oleh penjualnya, mereka dipastikan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Amazon agar menepati standard servis yang diberikan oleh Amazon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *