29684230_10215667538307210_784206391408418844_n
Tahun lalu, AirAsia mengumumkan setiap pesawat barunya akan mula menggunakan kerusi tempat duduk baru berjenama Mirus Hawk.
Kerusi baru ini lebih selesa, bergaya dan mempunyai ruang kaki yang luas untuk keselesaan penumpang.
Kelebihan utama kerusi model ini adalah ia dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang sama digunakan untuk menghasilkan kerusi kereta lumba Formula One.
Mengapa AirAsia memilih menggunakan tempat duduk baru ini?
Salah satu strategi AirAsia mengurang kos operasi dalah dengan mengurangkan berat beban pesawat.
Lagi ringan pesawat, lagi kurang kos bahan api yang digunakan pesawat untuk terbang.
Dan kerusi Mirus Hawk ini dapat menjimatkan kos operasi AirAsia.
Rekaan kerusinya  yang kurang tebal buatkan ia 40% lebih ringan dari tempat duduk standard.
Sebagai tambahan, AirAsia juga menetapkan agar kurang dari 200 komponen bergerak seperti skru dan nat digunakan dalam pemasangan kerusi ini.
Mengapa?
Ini akan memudahkan juruteranya membuat penyelenggaraan dan yang lebih penting kos penyelenggaraan juga akan turun.