fb_img_1444510358635

Buat bisnes tanpa perancangan, itulah yang dikatakan langgar terus. Ibarat kita melintas jalan tanpa memandang dahulu ke kiri dan ke kanan.

Ramai yang melakukan kesilapan ini apabila baru mula hendak buat bisnes. Kita merasakan bila ada produk mesti ada orang beli.

Kalaulah bisnes semudah itu, sudah ramai yang kaya.
Seorang artis, Zara Zya, berkongsi pengalamannya memulakan bisnes secara langgar terus yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian.
Sebagai permulaan, Zara meminjam duit ibunya sebanyak RM30,000 sebagai modal.
Duit itu digunakan untuk menghasilkan produk kosmetik untuk wanita dengan menggunakan jenamanya sendiri.
Pada waktu itu, beliau merasakan populariti dirinya sebagai seorang artis sudah cukup untuk melariskan produknya di laman sosial.
Zara langsung tidak menyediakan sebarang pelan perniagaan dan hanya bergantung harap pada apa yang ada di depan mata.
Selepas beberapa bulan dipromosikan, produknya masih tidak mendapat sambutan. Dipendekkan cerita, produknya tersadai begitu sahaja dan tiga puluh ribu modal yang dipinjamnya pun lebur begitu sahaja.
Tiada langsung pulangan yang diperolehi beliau.
Walaupun ‘yuran’ pengajaran yang perlu ‘djbayarnya’ sangat mahal, ia tidak menjadikan Zara berputus asa.
Zara menyusun kembali bisnesnya.
Cuma kali ini beliau membuat perancangan. Mengambil iktibar dari kesilapannya yang lalu, Zara membuat kajian untuk mengetahui produk yang dimahukan pelanggan.
Berdasarkan hasil kajian pasaran itu, beliau merangka strategi bisnes untuk mengeluarkan produk bedak asas, losyen dan juga tudung.
 Perancangan dan usahanya terbaru Zara menjadi dan produk terbarunya mula mendapat sambutan.
Sehingga kini, produknya masih mendapat sambutan dan beliau sudah mempunyai perancangan jangka panjang untuk membuka sebuah butik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *