bajet18-3

Untuk orang bisnes, di bawah adalah insentif yang berkaitan di dalam Bajet 2018 :

 

1. Mengukuh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

– Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan untuk modal kerja dan sektor perkhidmatan: (RM7b)

– Pinjaman di bawah SJPP membolehkan PKS mengautomasikan pengeluaran: (RM1b)

– Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah dengan subsidi kadar keuntungan 2%: (RM1b)

– Latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp: (RM200j).

– Pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi: (RM82j).

 

2. Pembiayaan Mikro

– Pinjaman dana Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN: RM500j).

– Amanah Ikhtiar Malaysia, (AIM: RM200j).

– Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) bagi usahawan bumiputera desa: (RM80j).

 

3. Meningkatkan Eksport

– Promosi dan peluasan pasaran eksport: (RM150j).

– Kemudahan kredit perlindungan insurans pengeksport PKS: (RM1b).

– Pinjaman mengautomasi pengeluaran perabot tempatan tujuan eksport: (RM100j).

 

4. Mempergiatkan Industri Pelancongan

– Tabung Pelancongan PKS dengan subsidi kadar faedah 2%: (RM2b).

– Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan: (RM1b).

 

5. Social Enterprise

– Geran sepadan bagi pembiayaan social enterprise: (RM50j).

 

6. Menjana Pendapatan Rakyat

– Program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC: (RM100j).

– Pinjaman mudah Food Truck 1Malaysia (FT1M) melalui Bank Rakyat dengan subsidi kadar faedah 4%: (RM120j).

– Program 1AZAM bagi meningkatkan pendapatan: (RM60j).

– Program Motosikal Tiga Roda, mobilepreneur dan program MyAGROSIS: (RM25j).

 

7. Geran Sepadan

– Geran sepadan di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing: (RM245j).

 

8. Galakan Cukai

– Melanjutkan tempoh insentif Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200% ke atas kelengkapan automasi 2018-2020.

– Galakan Elaun Modal Dipercepatkan sebanyak 200% untuk sektor pengilangan dan sektor perkhidmatan.

– Elaun Modal bagi peralatan ICT mulai 2018-2020.

 

9. Pembangunan Lestari

– Skim Pembiayaan Teknologi Hijau untuk menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau: (RM5b).

 

10. Digital Free Trade Zone (DFTZ)

– Penyediaan infrastruktur fasa satu DFTZ di Aeropolis, KLIA: (RM83.5j).

– Nilai de minimis bagi import dinaikkan dari RM500 ke RM800.

 

11. Regulatory Sandbox

– Mewujudkan ekosistem kondusif bagi pengkormersilan inovasi disemua suruhanjaya.

 

(www.pmo.gov.my › TouchpointBajet2018)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *