Raynald

5 tahun lalu, Raynald Zhang menghadapi masalah penglihatan.

Ketika itu, beliau masih belajar di tahun terakhir di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

Tapi, semasa mencari-cari cermin mata yang sesuai, beliau dapati harga cermin mata yang bergaya jauh lebih mahal berbanding cermin mata dengan rekaan biasa.

Apabila Raynald bertanya kepada mereka yang berada dalam industri ini, barulah beliau tahu harganya mahal kerana ‘mark up’ yang tinggi oleh penjual.

Ini memberi beliau ada untuk mulakan bisnes cermin mata bergaya pada harga mampu milik dan pada pertengahan tahun 2106, syarikat beliau,  Foptics dilancarkan di Singapura.

Raynald mula menjual menjual di Carousell terlebih bagi menguji sama ada pengguna di Singapura bersedia membeli cermin mata di dalam talian.

Setelah terbukti ada permintaan hingga menjadi ‘top seller’ di Carousell, barulah beliau menghasilkan sebuah laman web bermodalkan S$300 dan mula menjual secara ‘pre-order’ selama setahun.

Ketika pesaing lain janjikan cermin mata siap dalam masa singkat iaitu 30 minit, Raynald memlih untuk memberi fokus kepada 3 perkara :

  • Harga mampu milik.
  • Kepelbagaian rekaan cermin mata.
  • Pembelian yang mudah melalui laman web.

Beliau tidak fokus pada kepantasan kerana mendapati kebanyakan pelanggan tidak kisah menunggu selama 3 hari untuk cermin mata mereka siap.

Beliau mendapatkan bekalan frame cermin mata terus dari luar negara manakala lensa dibuat di Singapura.

Harga pula ditetapkan pada S$35.90 sepasang berdasarkan harga purata kebanyakan fesyen pakaian yang dijual di dalam talian yang dijual antara S$35 hingga S$40.

foptics

Dan pada harga mampu milik serendah itu, pelanggan beliau boleh beli dua tiga pasang cermin mata dengan rekaan berbeza untuk digayakan mengikut kesesuaian suasana.

Untuk memasarkan cermin matanya, Raynald mempergunakan sepenuhnya pemasaran ‘word of mouth’ dan membuat ‘roadshow’ di pejabat-pejabat korporat seperti di CIMB dan Zara.

Pada bulan pertama beroperasi, bisnes Raynald sudah balik modal dan mula membuat keuntungan pada bulan-bulan berikutnya. Kini, bisnes beliau menjual lebih 450 pasang cermin mata.

Hanya pada tahun 2018, Raynald mula membuka sebuah kedai kecil kerana undang-undang Singapura yang mewajibkan bisnes cermin mata mempunyai kedai.

“Jangan risaukan tentang idea bisnes sama ada hebat atau tidak. Idea hanya 1% ( dalam yang menentukan kejayaan), yang lebih penting adalah perlaksanaan idea itu.”

[ Vulcan Post ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *