41395068_10216860672854828_6370491361115766784_n

Ketika zaman mudanya, Jack Anthony, 28 tahun, seorang rakyat Singapura mempunyai cita-cita untuk menjadi ahli bomba dan polis. Seperti anak muda lain, ia berubah mengikut minat dan beliau ingin menjadi pelawan profesional seperti pelawan MMA.

Selepas itu, beliau mula minat kepada bidang fotografi.

Tetapi Jack akhirnya memilih untuk menguruskan bisnes kecil ayahnya walaupun sebenarnya tidak berminat kerana tiada siapa lagi yang boleh diharapkan untuk meneruskannya.

Bisnes ini bermula pada tahun 1979 dengan menjual sirip ikan jerung ke restoran sebelum beralih kepada menjual rempah ratus masakan dengan nama Anthony The Spice Maker.

Beliau memberanikan diri walaupun tidak ada sebarang kemahiran dan pengalaman kecuali kemahiran bercakap dalam pelbagai dialek bahasa Cina. Kemahiran ini digunakan sepenuhnya untuk mengorek ilmu tentang teknik campuran rempah ratus pelanggan-pelanggan yang kebanyakannya terdiri dari makcik-makcik yang sudah berumur.

Jack juga mengubah pembungkusan dari menggunakan plastik murah kepada penggunaan pembungkus kertas dengan label agar nampak lebih menarik.

Beliau juga memperkenalkan demo memasak menggunakan rempah ratus jualannya dan dengan bantuan adiknya, beliau mula memperkenalkan video resipi masakan di Youtube dan membuat pemasaran di media sosial.

Meskipun ayahnya masih kekal dalam bisnes, tetapi Jack mengurus keseluruhan bisnes ini dengan matlamatnya untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan mengurangkan harga.

Bisnes kecil ayahnya kini mempunyai dua cawangan di Singapura.

– Vulcan Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *