cover-photo1-1024

Elijah Yang merupakan anak muda Singapura yang semasa remajanya mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi tentang bagaimana sesuatu alat itu berfungsi.

Masanya banyak dihabiskan untuk meleraikan dan memasang kembali peralatan yang beliau ingin tahu dan menghasilkan sesuatu unik dengan menggabungkan peralatan-peralatan yang lain.

Pada masa yang sama beliau minat menghasilkan muzik.

Minatnya ini akhirnya mendorong beliau untuk mengambil risiko menjalankan bisnes membuat panel akustik (panel penyerap bunyi), bisnes yang agak pelik untuk dimulakan oleh mana-mana anak muda kini.

Ketika itu tahun 2013 dan Elijah baru berusia 25 tahun. Syarikatnya dinamakan Aural Aid dan beroperasi dari pejabat kecil berkeluasan 100 kaki persegi dengan sewa SD500 sebulan.

Elijah Yang tidak mempunyai sebarang ilmu atau pengalaman bisnes, tetapi apa yang beliau tahu beliau perlu melakukan segala-galanya seorang diri untuk menjimatkan kos. Ini termasuklah belajar membuat laman web dan belajar skil pertukangan untuk membuat panel akoustik.

Elijah mengambil masa mempelajari semua itu selama 6 bulan dan dalam tempoh itu juga beliau sentiasa bimbang jika produknya tiada permintaan.

Tetapi pada bulan pertama Elijah memasarkan sample produknya, sebanyak 50 tempahan berjaya diterima dan memandangkan beliau bekerja seorang diri, Elijah bekerja 7 hari seminggu, 20 jam sehari selama sebulan untuk menyiapkan tempahan.

Untuk menjimatkan masa daripada berulang alik dari rumah ke pejabat, beliau tidur di dalam stor tempat di mana beliau bekerja, yang dialas hanya dengan plastik ‘bubble wrap’. Elijah turut menambah lagi modal sebanyak UD4,500 untuk membeli bahan mentah dan peralatan bagi menyiapkan tempahan tersebut.

Walaupun letih dan agak tertekan, Elijah lega kerana jualan pada bulan pertamanya membolehkan syarikatnya ‘break-even’ dan bagi beliau ini adalah validasi yang produk bisnesnya ada permintaan.

Pada usia 29 tahun, kini syarikat Elijah mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan komersil termasuk panggung wayang, sekolah, hospital, pejabat dan rumah persendirian. Antara pelanggan premiumnya adalah Apple, Airbnb, Paypal, Dyson dan Google yang mempunyai pejabat di Singapura.

Jualan tahunan syarikatnya pula mencecah RM3.5 juta.

team1

Walaupun telah berjaya dan membeli pejabat 2 tingkat yang besar dan lengkap, Elijah masih mengekalkan cara pengurusan seperti ‘lean start-up’. Beliau amat berhati-hari dalam perbelanjaan syarikat dan mengekalkan jumlah pekerja yang kecil iaitu antara 4 hingga 10 orang sahaja, bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima.

Pekerja yang diambil pula perlu melalui tapisan ketat, sesi temuduga dan kursus induksi selama 2 minggu bagi memastikan mereka yang benar-benar layak sahaja diambil.

Pejabat syarikat Aural Aid direkabentuk agar sesuai dengan gaya bekerja generasi muda.

Selain hiasan dalaman yang berciri moden dan hipster, ia dilengkapi dengan tempat tidur berkonsep kapsul, tab mandi, pancuran air ‘rainforest’, bengkel pertukangan, mesin pencetak 3D dan mesin CNC.

unspecified-2-768x512

Ketika ditanya mengapa produknya digemari berbanding pengeluar lain, Elijah memberi 2 sebab utama :

1. Produknya dihasilkan menggunakan teknologi moden seperti percetakan 3D, ‘CNC milling’ dan rekaan menggunakan perisian komputer khas yang dipanggil ‘parametrik modelling’. Pesaing-pesaingnya yang telah 20 tahun wujud masih menggunakan cara lama.

2. Mengoptimumkan penggunaan SEO (Search Engine Optimision) agar pelanggan mendapat maklumat mengenai perkhidmatan Aural Aid terlebih dahulu apabila melakukan carian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *