neelofa-mula-tugas-di-airasia-semalam

Pada tahun 2017, AirAsia melantik selebriti Indonesia, Raline Shah sebagai ahli lembaga pengarah AirAsia Indonesia dan selebriti Malaysia, Neelofa sebagai ahli lembaga pengarah AirAsia.

Pelantikan ini bukan sahaja bertujuan mendapat suntikan idea baru dari sudut pandangan golongan muda.

Malah, dari segi penjenamaan, liputan media meluas yang diterima memastikan jenama AirAsia tampak ‘trendy’, progresif dan relevan dengan golongan muda zaman sekarang yang minat mengembara dan mempunyai kuasa membeli yang tinggi.

Sesetengah kerjasama seperti ini memberi manfaat yang melebihi manfaat penjenamaan dan pemasaran.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh 4 orang ahli ekonomi di Amerika Syarikat pada tahun 2006 mendapati prestasi saham syarikat-syarikat yang melantik selebriti sebagai ahli lembaga pengarah secara keseluruhannya mengatasi prestasi saham syarikat-syarikat lain.

Ini kerana pelantikan selebriti ini membantu menarik perhatian pelabur-pelabur baru dan jika mereka membeli saham syarikat tersebut, ia akan menaikkan lagi harganya.

(Petikan dari ebook ‘Membina Bisnes Gaya AirAsia’. Klik di http://bit.ly/2Fvqjrr untuk membelinya. Ebook percuma ‘13 Kisah Inspirasi Usahawan Cina Berjaya’ dengan setiap pembelian).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *