xFEATSvalbaroiWater_MAIN.jpg.pagespeed.ic.TO9Qn2c5gn

Apabila kita berniaga, pelanggan bukannya membeli produk atau servis kita, sebaliknya mereka membeli nilai dan manfaat yang diberikan oleh produk atau servis tersebut.

Sekiranya mereka melihat nilai dan manfaat yang mereka perolehi dari produk/servis tersebut berbaloi, mereka akan sanggup membayar harganya.

Kerana itulah air minuman berjenama Svalbaroi tetap ada pembelinya walaupun berharga USD84.00 atau RM373.00 sebotol (750 ml).  Sumber air minuman Svalbaroi adalah dari aisberg dari kawasan Artik berhampiran Norway dan ia merupakan kawasan yang sangat terpencil dan tidak dihuni oleh sesiapapun.

xFEATSvalbaroiWater_MAIN.jpg.pagespeed.ic.TO9Qn2c5gn2

Aisberg dari kawasan tersebut dikatakan suci (pure) kerana sangat bersih, tidak mengandungi mineral dan langsung tidak tercemar dengan bahan kotoran ataupun kuman serta virus.

Aisberg yang ditunda ke kilang pemprosesan di Norway itu kemudian dipecahkanya dan hanya bahagian teras aisberg tersebut yang keras digunakan untuk menghasilkan air minuman Svalbaroi.

Setiap tahun hanya sebanyak 26,000 botol Svalbaroi dihasilkan dan ini turut menjadikan harganya mahal kerana bekalannya terhad.

Dengan harga semahal itu, Svalbaroi hanya dihidangkan di hotel-hotel bertaraf amat mewah di negara-negara Barat dan Eropah.

xFEATSvalbaroiWater_MAIN.jpg.pagespeed.ic.TO9Qn2c5gn1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *