stock-photo-planning-home-office-bills-workspace-accounting-personal-finance-paying-bills-budgeting-financial-planning-b314d4ac-28e8-4187-beb7-e2a4661b2c0e

Wabak Covid19 sudah banyak beri kesan buruk kepada orang bisnes.
Dan nampaknya ini tidak akan berkurangan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan ini. Malah, penganalisa ekonomi melihat ia boleh mengambil masa paling awal enam bulan bagi ekonomi kembali stabil.
Jadi sementara itu, bagaimana orang bisnes perlu persiapkan bisnes mereka hadapi cabaran ini?
1. Kekalkan bajet pemasaran
Jika bajet pemasaran dikurangkan, pelanggan akan lupa pada produk/servis kita. Terus buat aktiviti pemasaran terutamanya pada pelanggan sedia ada.
Apabila keadaan ekonomi stabil, pembelian dari pelanggan sedia ada dapat bantu bisnes kita terus bertahan.
Jangan lupa buat offer untuk tarik mereka supaya terus membeli.
2. Kurangkan kos-kos tidak perlu
Macam mana yang dikatakan kos yang tidak perlu?
Ia adalah kos yang tidak menambah sebarang nilai (value) pada bisnes.
Contohnya, sebuah firma guaman terbesar di Malaysia mengurangkan stok makanan yang dibeli untuk pantri pejabatnya. Sebuah syarikat di US pula hadkan jumlah fotokopi yang boleh dibuat oleh setiap staf dan fotokopi perlu dibuat di kedua-dua belah mukasurat.
Contoh lain adalah kurangkan masa/hari bekerja untuk jimat kos elektrik, kurangkan guna pendingin hawa dan batalkan aktiviti/acara syarikat yang tidak penting.
Kos-kos ini walaupun kecil tetapi bila digabungkan mampu beri kesan penjimatan yang besar pada bisnes kita.
3. Kurangkan kos sewa
Minta pertimbangan baik pemilik premis untuk kurangkan sewa selama beberapa bulan. Jika tidak berjaya, buat perancangan untuk berpindah ke premis yang lebih rendah sewanya.
‘Co-working space’ adalah salah satu contoh premis yang boleh disewa pada kadar murah. Penyewa hanya perlu membayar sewa bulanan dan tidak perlu membelanjakan apa-apa untuk membeli sebarang perabot atau membuat renovasi kerana semuanya sudah disediakan.

 

4. Runding terma kredit pembekal
Jika bisnes kita ada membeli secara berhutang dari pembekal, cuba rundingkan tempoh pembayaran hutang tersebut supaya boleh dilanjutkan.
Contohnya, jika sebelum ini, hutang tersebut perlu dibayar dalam tempoh dua bulan, runding untuk panjangkan tempoh tersebut kepada tiga atau empat bulan.
5. Runding tempoh dan kadar bayar pinjaman bank
Ada ambil sebarang pinjaman dari bank, institusi kewangan atau agensi kerajaan?
Jika ada, runding untuk sama ada tangguhkan bayaran atau kurangkan bayaran ansuran pinjaman bulanan. Kebanyakan institusi kewangan kini sedia bantu orang bisnes untuk tujuan ini.
6. Kurangkan simpanan stok
Selagi stok tidak terjual selagi itu duit bisnes akan terikat pada stok tersebut. Dan ia akan datangkan masalah apabila bisnes kita perlukan tunai untuk buat sebarang pembayaran.
Jika sebelum ini kita simpan stok untuk bekalan tiga bulan, cuba kurangkan kepada dua atau satu bulan sahaja. Duit yang sepatutnya diguna untuk beli stok lebih itu kini boleh disimpan sebagai simpanan kecemasan atau untuk membayar perbelanjaan lain yang lebih penting.
Jual pada harga murah jika perlu. Tapi rancang dengan rapi untuk elakkan dari situasi kekurangan stok yang boleh beri kesan pada jualan.
Langkah ini berserta langkah 2,  3, 4 dan 5 dapat membantu memperbaiki aliran tunai (cashflow) bisnes agar tidak tercekik di akhir bulan.

 

Managed-Inventory

 

7. Jual produk/servis lain
Keutamaan membeli pelanggan akan berubah selepas ini. Mereka akan lebih berhati-hati dalam pembelian dan membeli  apa yang perlu sahaja kerana tidak yakin dengan keadaan ekonomi.
Peniaga perlu menilai sama ada produk atau servis mereka masih dapat dijual selepas tamat tempoh kawalan pergerakan ini. Jika permintaan sudah berkurang dengan banyak atau langsung tiada, mula merancang untuk jual produk atau servis lain yang dimahukan pelanggan.
8. Kuatkan sistem jualan online dan penghantaran
Selepas tamat tempoh kawalan pergerakan ini, orang ramai dijangka akan kurang keluar rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Orang bisnes yang ada kedai  lebih terasa kesannya.
Jika ada sistem jualan online dan penghantaran, perkemaskan lagi sistem ini untuk mudahkan pelanggan terus membeli dari kita.  Jika tidak mereka akan lari kepada kedai yang ada kemudahan membeli secara online dan serta servis penghantaran.
Jika belum ada, sistem jualan melalui Whatsapp yang dibangunkan oleh Yezza, sebuah start-up tempatan, adalah salah satu pilihan terbaik.
Peniaga tidak perlu berbelanja beratus atau beribu ringgit untuk bangunkan laman web jualan, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana kebanyakannya menghadapi masalah aliran tunai  dan simpanan tunai yang kritikal.
Sistem jualan online Yezza ini membolehkan peniaga menjual hanya dengan menggunakan Whatsapp yang lengkap dengan katalog, borang dan cara pembayaran.

 

91543018_10220507392450527_3168322783562170368_n

Siti Khadijah, Bookcafe, Dalucia, ARBA Travel dan KakiJersi adalah antara bisnes yang menggunakan sistem ini .
Bagusnya, peniaga boleh mencuba dahulu secara percuma selama 14 hari. Maklumatnya boleh dilihat di https://bit.ly/342zgWp .
Lebih banyak kisah bisnes dan inspirasi di Facebook penulis.
FB Porfile