cipta-sumber-pendapatan-baru

Sebagai pemilik bisnes, hampir setiap masa kita akan mencari jalan untuk mencari pelanggan baru, menambahbaik produk sedia ada dan meningkatkan jualan syarikat.

Salah satu strategi ekspres yang boleh digunakan untuk meningkatkan jualan bisnes adalah dengan ‘memecahkan’ produk sedia ada kepada beberapa bahagian kecil untuk dijual secara berasingan.

Strategi ini biasa digunakan oleh pengusaha pusat tuisyen. Disamping menawarkan pembelajaran pakej subjek yang mengandungi semua subjek peperiksaan, pelajar juga boleh memilih untuk belajar satu atau dua subjek sahaja dan membayar kurang dari harga pakej subjek penuh.

Syarikat penerbit album lagu juga telah lama mempraktikkan strategi yang sama semenjak Apple melancarkan khidmat iTunes. Selain membeli album lagu secara penuh, pelanggan turut diber pilihan untuk membeli hanya satu lagu.

Anda juga boleh melaksanakan strategi yang sama dengan produk sedia ada bisnes anda dengan mengikuti 6 langkah di bawah ini :

 

1. Tentukan produk tersebut boleh ‘dipecahkan’

Lihat kepada senarai produk yang dijual dan senaraikan produk-produk yang boleh ‘dipecahkan’ menjadi beberapa produk kecil untuk dijual secara berasingan.

Tidak semua produk sesuai boleh ‘dipecahkan’, contohnya tudung. Tapi bagi produk set komestik ia boleh dipecahkan kepada gincu, bedak asas, maskara dan dijual secara berasingan.

 

2. Kenalpasti keperluan pelanggan

Tidak semua produk yang telah dipecahkan itu boleh dijual secara berasingan. Dapatkan terlebih dahulu maklumbalas dari pelanggan sedia ada anda mengenai apa yang mereka inginkan. Maklumbalas ini boleh didapati dengan mengadakan tinjauan atau survey melalui emel, media sosial atau melalui stokis dan ejen produk anda.

 

3. Pilih produk yang paling berpotensi untuk dijual berasingan

Analisa hasil tinjauan tersebut dengan menyenaraikan keinginan atau keperluan pelanggan anda dan kenalpasti produk sedia ada yang memenuhi keperluan tersebut.

Mengambil contoh produk set komestik di atas, mungkin pelanggan anda ingin membeli gincu secara berasingan dalam pelbagai pilihan warna.

Jika terdapat lebih dari dua produk yang diminta pelanggan, amat penting untuk anda mengenalpasti produk yang benar-benar berpotensi untuk menjana pendapatan dijual secara berasingan.

Jika bisnes anda mempunyai sumber yang cukup, dua atau tiga produk boleh dikeluarkan sekaligus. Jika tidak, tumpukan segala sumber bisnes yang ada untuk mengeluarkan dan memasarkan satu produk terlebih dahulu.

 

4. Tentukan harga

Setelah produk dipilih, tetapkan harga produk tersebut berdasarkan kos yang anda telah keluarkan dan juga kuasa membeli segmen pelanggan anda.

 

5. Analisa dan buat perubahan di mana perlu

Awasi pasaran setelah produk tersebut dipasarkan. Kenalpasti produk yang lebih mendapat sambutan. Tentukan jika produk tersebut perlu ditambahbaik.

Kehendak dan keperluan pelanggan sentiasa berubah. Dengan mengawasi pasaran secara berterusan, anda dapat mengesan sebarang perubahan dengan cepat dan membolehkan tindakan serta merta dilakukan.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *