tak-layak-jadi-usahawan

Anda merancang hendak menjadi usahawan?

Anda perlu sedar realiti hidup ini, ‘tidak semua orang dilahirkan dengan kebolehan menjadi usahawan.’

Jadi, sebelum anda menghantar notis berhenti kerja kepada bos anda, cuba periksa jika 3 perkara asas di bawah ini ada dalam diri anda. Jika ada, mungkin anda patut pertimbangkan kembali keputusan dan mengelakkan penyesalan seumur hidup.

1. Tidak sanggup bekerja keras

Ini adalah syarat utama untuk menjadi usahawan. Keusahawanan bukan satu ‘kerjaya’ yang menyeronokkan dan menyelesakan.

Anda perlu mengerah segala-galanya yang anda ada, masa, tenaga, idea dan wang untuk menjadikan bisnes anda berjaya.

Walaupun anda mempunyai modal yang mencukupi tetapi jika anda tidak sanggup bekerja selama 16 jam sehari untuk 3 tahun pertama bisnes anda, maka keusahawanan tidak sesuai untuk anda.

Malah, usahawan berjaya seperti Mark Zurkernberg (Facebook) dan Elon Musk (Tesla) dilaporkan masih bekerja selama 15 jam sehari.

2. Lebih suka menerima arahan

Adakah anda tidak yakin membuat keputusan mengenai sesuatu? Atau adakah tidak selesa untuk memberi arahan kepada orang lain?

Menguruskan bisnes sendiri bukan sahaja memerlukan anda membuat keputusan hampir setiap masa malah anda perlu memberi arahan kepada pekerja anda.

Jika anda lebih suka menunggu orang lain memberi arahan kepada anda daripada memberinya, sekali lagi keusahawanan bukan bidang yang sesuai untuk anda.

3. Tidak suka mengambil risiko

Keusahawanan amat sinonim dengan risiko. Usahawan berisiko kehilangan segala-galanya sekiranya bisnes mereka gagal. Bukan setakat hilang wang dan harta, malah ada yang kehilangan rakan, saudara mara dan keluarga.

Kajian oleh Harvard Business Review menunjukkan 75% daripada bisnes baru menemui kegagalan.

Jadi, jika anda lebih suka mengambil jalan selamat dalam hidup anda, keusahawanan adalah bidang yang amat berbahaya untuk hidup anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *