underdog

Apakah cara terbaik bagi sebuah bisnes kecil bersaing dengan abang-abang besar sudah lama berada dalam pasaran?

Nellie Akalp, CEO syarikat CorpNet.com di Amerika Syarikat menyenaraikan lima langkah yang boleh diambil oleh pemilik bisnes kecil untuk mendapat tempat di dalam pasaran yang dikuasai oleh abang-abang besar :

1. Kenalpasti bidang atau niche bisnes anda

Dengan sumber yang terhad, bisnes kecil tidak akan mampu menawarkan semua jenis perkhidmatan kepada pelanggan. Pemilik bisnes perlu tahu apa bidang kepakaran bisnesnya dan tumpukan segala sumber yang ada untuk memberi perkhidmatan yang super terbaik dalam bidang tersebut.

Contohnya, jika anda menjalankan bisnes percetakan kad bisnes, buku, letter head, buku dan sebagainya, anda hanya perlu tumpukan pada perkhidmatan merekabentuk (design service) pada peringkat permulaan. Gunakan perkhidmatan bisnes syarikat lain untuk melakukan kerja-kerja pencetakan dan juga penghantaran bagi kuantiti yang besar.

2. Tawarkan perkhidmatan yang boleh disesuaikan dengan citarasa pelanggan.

Antara kekurangan bisnes besar adalah ia tidak dapat memberi sentuhan peribadi dalam menyampaikan perkhidmatannya kepada pelanggan. Jika ia mengeluarkan pakaian, ia akan dijual dalam saiz dan rekabentuk yang standard untuk semua orang.

Disinilah terletak kelebihan pada bisnes kecil. Ia boleh menyesuaikan perkhidmatannya mengikut citarasa pelanggan.

Sebagai contoh jika anda menjual pakaian, anda boleh menawarkan pilihan untuk pelanggan mengubah saiz pakaian tersebut atau menambah hiasan seperti manik dan tulisan pada pakaian tersebut.

3. Pergunakan pemasaran dari mulut ke mulut.

Pemasaran dari mulut ke mulut merupakan kaedah pemasaran yang terbaik bagi setiap bisnes kecil menghadapi masalah kekangan bajet pemasaran yang terhad.

Di dalam era media sosial, pemasaran kaedah ini adalah lebih berkesan kerana hanya dengan satu gambar dan status yang dimasukkan ke dalam FB ataupun Instagram, beratus orang akan dapat membacanya. Ia akan lebih tersebar lebih jauh dan menjadi viral sekiranya dishare oleh pelanggan anda di media sosial mereka.

Selain dari mengemaskini status bisnes anda dan maklumat berguna di FB sendiri, galakkan juga pelanggan anda untuk berkongsi pengalaman mereka di media sosial mereka sendiri. Terdapat kajian yang menunjukkan 92% pelanggan lebih mempercayai cadangan dari kaum keluarga dan rakan-rakan berbanding iklan di media.

4. Usah obses dengan pesaing anda

Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemilik bisnes kecil adalah suka mengambil tahu apa yang dilakukan oleh bisnes orang lain.

Memang anda perlu peka dengan apa yang dilakukan oleh bisnes lain dalam industri kita tapi jangan sampai mereka yang menentukan strategi bisnes anda. Jika anda hanya meniru apa yang dilakukan oleh bisnes lain ini bermakna bisnes anda akan sentiasa selangkah di belakang mereka.

Buat saja apa yang rasa baik untuk bisnes tanpa terpengaruh dengan bisnes orang lain. Jika ada kekurangan dalam strategi, perbaikinya dari semasa ke semasa.

Ingat, anda berbisnes bukannya untuk berlawan dengan bisnes orang lain. Tujuan anda berbisnes adalah membuat duit dengan membantu menyelesaikan masalah pelanggan. Jadi fokus sahaja pada pekerja dan pelanggan anda.

5. Jadilah ‘underdog’

Apabila bisnes kita masih kecil usah berlagak seolah-olah kita hebat dan mampu menawarkan apa yang ditawarkan oleh bisnes besar yang sudah lama berada dalam pasaran.

Terima hakikat yang bisnes anda masih lagi kecil dan gunakannya itu sebagai kelebihan untuk membina hubungan dengan pelanggan dan mendapat kepercayaan mereka.

Apabila anda beroperasi secara ‘underdog’, anda tidak akan berasa tertekan untuk mencapai prestasi seperti bisnes besar. Sebenarnya, usaha anda akan lebih tertumpu terhadap membangunkan potensi bisnes.

Menurut seorang Professor Anat Keinan di Harvard Business School, masyarakat secara amnya mudah menyokong jenama ‘underdog’ kerana ia dilihat sebagai lambang ketabahan dan daya tahan dalam menghadapi halangan dan cabaran dalam bersaing dengan jenama-jenama besar.

Sebagai contoh, di dalam pertandingan akhir mana-mana sukan yang melibatkan pasukan pilihan melawan pasukan ‘underdog’ yang tidak terkenal, penonton tetap berasa bangga dan kagum terhadap kemampuan pasukan ‘underdog’ mara ke perlawanan akhir.

(Sumber : www.entrepreneur.com)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *