57056120_10218457138125462_6276150828206129152_n

Hasbro adalah pengeluar alat permainan terbesar dunia.

Salah satu faktor yang sumbang kepada pertumbuhannya adalah gaya kepimpinan CEOnya, Brian Goldner seperti berikut :

1. Mudah didekati.

2. Ada rasa ingin tahu yang tinggi dan tidak malu untuk belajar sesuatu yang baru setiap hari.

3. Rasa ingin tahu dan ingin belajarnya ini menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pekerja-pekerja Hasbro untuk cadangkan idea-idea baru dan ghasilkan permainan yang berdaya cipta.

4. Goldner rajin lawat pekerja-pekerja Habsro di seluruh dunia dan adakan pertemuan tanpa dirancang dengan mereka.

5. Sebagai CEO, beliau sendiri jadi mentor untuk pekerja-pekerja muda dalam perkara berkenaan kepimpinan dan inovasi.

Dan bagi Goldner;

“ Apabila pekerja (Hasbro) rasa lebih dihormati, idea mereka dihargai dan wujudnya komunikasi 2-hala, mereka akan bersama-sama bantu saya dan ini bolehkan kami terus berjaya sebagai satu pasukan.

Bagi saya, ini adalah cara yang hebat untuk memimpin. ”

[ Fortune ]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *