Untitled

Wabak Covid19 sudah banyak beri kesan buruk kepada orang bisnes. Sampaikan bazar Ramadhan pun banyak negeri sudah batalkan.
Jadi bagaimana peniaga boleh perlu persiapkan bisnes mereka hadapi cabaran ini?

 

1. Jual produk yang pengguna cari
Dua minggu lagi bulan puasa. Enam minggu lagi pula Hari Raya.
Jadi, jual apa yang pengguna cari untuk bulan puasa dan Hari Raya ini. Makanan, minuman, kuih, kuih raya, baju raya, butang baju Melayu, kurta dan tudung adalah antaranya.

 

2. Pilih sasaran kawasan untuk menjual
Jika kita jual makanan dan minuman untuk berbuka waktu bulan puasa, cukup sasarkan pada kawasan sekitar tempat kita beroperasi.
Tidak perlu buat iklan merata-rata tempat. Malah dalam iklan FB Ads pun boleh dikecilkan kawasan sasaran pengiklanan kepada kawasan yang kita mahu sahaja.
Ini juga akan mudahkan kita buat delivery kerana tidak perlu hantar jauh-jauh.
Tapi kalau berniaga barang untuk Hari Raya, sasarkan satu Malaysia pun tidak apa. Cuma pastikan letak tarikh akhir untuk pelanggan order supaya barang yang kita hantar sampai sebelum raya bukannya selepas raya.

 

3. Letak harga mampu beli
Walaupun pengguna masih berbelanja selepas ini tapi mereka akan berhati-hati dan cuba berjimat sebanyak yang mungkin.
Jadi pastikan harga jualan kita tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu rendah hingga kita untung ciput sahaja. Tidak berbaloi dengan penat kita berniaga nanti.

 

4. Guna sistem jualan online yang mudah bagi pengguna
Selepas tamat tempoh kawalan pergerakan ini, orang ramai dijangka akan kurang keluar rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Orang bisnes yang ada kedai  lebih terasa kesannya.
Jika sudah ada sistem jualan online, perkemaskan lagi sistem ini untuk mudahkan pelanggan terus membeli dari kita.  Jika tidak mereka akan lari kepada kedai yang ada kemudahan membeli secara online serta servis penghantaran.
Jika belum ada, sistem jualan melalui Whatsapp yang dibangunkan oleh Yezza, sebuah start-up tempatan, adalah salah satu pilihan terbaik.
Ini kerana semua orang tahu, selalu dan selesa gunakan Whatsapp.
Peniaga pula tidak perlu keluar duit beratus atau beribu ringgit untuk bangunkan laman web jualan, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana kebanyakannya hadapi masalah aliran tunai  dan simpanan tunai yang kritikal.
Dengan sistem jualan online Yezza ini peniaga boleh menjual hanya dengan menggunakan Whatsapp yang lengkap dengan katalog, borang dan sistem pembayaran.
Tidak payah lagi jawab Whatsapp satu persatu dan tunggu pembeli hantar bukti pembayaran, tahu-tahu order sudah masuk.
Dan hampir semua produk boleh dijual guna sistem Yezza ini, teh ais ikat tepi pun boleh macam contoh di bawah.

 

91543018_10220507392450527_3168322783562170368_n

Bento Hero, Siti Khadijah, Bookcafe, Dalucia, ARBA Travel dan KakiJersi adalah antara bisnes yang menggunakan sistem ini . Ini contoh laman Bento Hero : http://yzza.io/l37.
Dan yang paling bagus, peniaga boleh mencuba dahulu secara percuma selama 14 hari. Kalau hendak mencuba, boleh klik sekarang  di https://bit.ly/342zgWp .
Lebih banyak kisah bisnes dan inspirasi di Facebook penulis.
FB Porfile