3-stategi-asas-cari-pekerja

Mencari pekerja baru bukannya kerja yang rumit. Apa yang yang rumit adalah mencari pekerja yang berkelayakan.

Ini adalah salah satu sebab ada syarikat yang kerap bertukar pekerja. Setiap pekerja yang telah diambil akhirnya terpaksa diberhentikan selepas beberapa bulan mereka bekerja.

Semakin kerap pekerja bertukar semakin tinggi kosnya kepada kita. Kita terpaksa mengiklankan kembali jawatan tersebut, menemuduga calon dan akhirnya melatih pekerja itu.

Jadi, apakah cara terbaik untuk mengelakkan ia dari berlaku?

Sebenarnya tiada cara yang dapat menjamin kita dari tersalah ambil pekerja, tetapi tiga strategi di bawah ini boleh digunakan untuk mengurangkan kebarangkalian kita tersilap mengambil pekerja baru yang tidak mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk jawatan kosong tersebut :

.

1. Iklankan jawatan kosong di saluran yang bersesuaian

Tiada saluran pengiklanan yang sesuai untuk semua jawatan kosong. Jawatan kosong pembantu jualan sesuai diiklankan di laman web maukerja, mudah.my, parttimepost atau ditampal iklan di 7 Eleven. Tapi ia tidak sesuai diiklankan di laman web Jobstreet.

Begitu juga dengan iklan jawatan kosong jurutera, ia tidak sesuai diiklankan di mudah.my walaupun percuma kerana mereka yang mencari pekerjaan seperti ini akan melihat iklan di laman web Jobstreet.com atau media sosial Linkedin.

.

2. Tekankan kelayakan untuk memohon jawatan kosong

Kebiasaannya bahagian kelayakan pemohon akan disusun sebelum bahagian faedah pekerjaan di dalam iklankan.

Memandangkan ia merupakan ’penapis’ pertama untuk menapis pemohon-pemohon yang tidak layak, tulis bahagian kelayakan dengan menggunakan saiz font yang BESAR dan digelapkan (bold).

Ini akan menarik perhatian pemohon yang selalunya lebih menumpukan pada bahagian faedah pekerjaan.

Dan ada sesetengah syarikat menulis ‘Hanya memenuhi kelayakan digalakkan memohon’ atau ‘Kekosongan hanya dibuka pada calon yang memenuhi syarat kelayakan di atas’.

.

3. Lakukan ujian kemahiran

Ujian kemahiran adalah cara paling efektif untuk menapis calon-calon yang tidak bersesuaian. Ia boleh dilakukan  dengan temuduga melalui telefon.

Pertama, tapis pemohon berdasarkan resume dan kedua hubungi calon yang terpilih dan uji kemahiran mereka dengan bertanyakan beberapa soalan asas berkaitan kemahiran dan pengalaman yang mereka.

Kebiasaannya dengan cara ini kita sudah dapat mengenal calon-calon yang benar-benar layak untuk dipanggil ke sesi temuduga seterusnya.

Cara ini juga akan menjimatkan masa kita kerana daripada memanggil 20 calon untuk datang ditemuduga di pejabat, kita dapat mengurangkannya kepada bilangan calon yang walaupun sedikit tapi benar-benar layak.

.

4. Lihat pada laman media sosial mereka.

Sekarang adalah zaman orang berkongsi kisah hidup mereka di Facebook atau Instagram.

Jadi cuba cari dan lihat media sosial calon-calon untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat dan perangai mereka.

Antara yang perlu ditolak adalah mereka yang selalu berkongsi perkara tidak baik berkenaan tempat mereka bekerja sebelum ini, selalu mengeluh/komplen dan memperkatakan keburukan orang lain di media sosial mereka.

  Lebih banyak tips, kisah bisnes dan inspirasi di Facebook penulis.
FB Porfile