7cab2138-12a1-11e7-8424-32eaba91fe03_image_hires

Inovasi di AirAsia meliputi aspek perkhidmatan, produk, model perniagaan, kreativiti, rekaan, cara berfikir, hakmilik intelektual, penyelidikan dan pembangunan, teknologi, penemuan baru dan budaya.

AirAsia percaya inovasi bukannya sesuatu yang boleh diajar atau diprogramkan sebaliknya ia perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada budaya kerja.

Untuk memastikan inovasi terus hidup, penekanan diberikan terhadap usaha-usaha mewujudkan persekitaran yang menggalakkan inovasi dan 4 langkah berikut berikut dijadikan sebagai panduan :

1. Mengoptimumkan penggunaan aset-aset sedia ada serta peluang-peluang dari luar yang ada.

2. Menganalisa setiap permasalahan yang dihadapi oleh unit-unit perniagaan dalamannya.

3. Menilai setiap idea yang bernas dan mencuba keberkesanannya di dalam operasi.

4. Bersikap terbuka terhadap sebarang, cadangan, idea dari pekerja, pelanggan dan orang ramai.

(Petikan dari ebook ‘Membina Bisnes Gaya AirAsia’. Klik di sini untuk maklumat lanjut).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *