goswap

Peranan utama bisnes adalah memberi penyelesaian kepada masalah pelanggan.

Pada tahun 2007, krisis ekonomi yang melanda US menyebabkan ramai pemilik rumah tidak dapat menjual rumah mereka kerana harga rumah jatuh menjunam dan pembeli sukar untuk mendapatkan pinjaman.

Masalah ini mendorong syarikat-syarikat hartanah di sana memperkenalkan penyelesaian menggunakan kaedah ‘home swapping’ atau pertukaran rumah (sistem barter).

Melalui kaedah ini, dua pemilik rumah boleh bertukar rumah secara suka sama suka dan syarikat hartanah akan membantu dari segi penyediaan dokumen, urusan dengan bank dan sebagainya.

Dalam kata lain, pemilik rumah di Florida boleh mencari rumah di New York jika ada pemilik rumah di sana yang berminat untuk membuat pertukaran.

Laman web seperti goswap.org diwujudkan untuk memadankan pemilik-pemilik rumah yang berminat. Pemilik rumah hanya perlu mengiklankan rumah mereka dan menyatakan lokasi pertukaran rumah yang dicari.

Satu kelebihan besar kaedah ini adalah nilai rumah yang ditukar tidak tertakluk pada harga rumah semasa yang sangat rendah pada masa itu. Sebaliknya, pemilik-pemilik rumah yang membuat pertukaran boleh bersetuju untuk mengikut nilaian sebenar rumah mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *