melinda-and-bill_2742889c

Pada usia 61 tahun, Bill Gates, pengasas Microsof, telah menyumbang lebih USD30 billion untuk kebajikan.

Namun, beliau masih merupakan insan terkaya dunia dengan nilai harta berjumlah USD74 billion.

Dalam satu temubual dengan pihak media, Bill Gates memberitahu dia dan isterinya berazam untuk mendermakan kesemua hartanya bagi tujuan kebajikan dengan membantu mereka yang miskin dan tidak bernasib baik di seluruh dunia.

Ini bermakna anak-anak mereka seramai 3 orang tidak akan mewarisi kekayaan tersebut. Sebelum ini Bill Gates pernah menyatakan setiap anak-anaknya hanya akan menerima kurang dari USD10 juta seorang kelak.

Mengapa beliau membuat keputusan demikian?

Menurut Bill, beliau mahu anak-anaknya mencari jalan sendiri dalam membina kehidupan mereka dengan menggunakan pendidikan yang telah diberi serta sedikit harta yang ditinggalkan.

Sekiranya kesemua kekayaan tersebut diwariskan, Bill Gates khuatir ia akan menyebabkan anak-anaknya menjadi selesa dan tidak berusaha untuk pergi lebih jauh lagi dalam mencapai potensi diri mereka.

23bill3

Malah, anak-anaknya sendiri menyokong keputusan ini setelah kerap mengikuti ibubapa mereka melakukan kerja-kerja kebajikan di negara-negara miskin seperti di Afrika dan melihat impak besar hasil sumbangan ibubapa mereka. Mereka faham bahawa kekayaan yang dikumpul oleh bapa mereka bukannya untuk mereka tetapi untuk dibelanjakan pada jalan kebajikan.

Bukan sahaja kekayaan mereka tidak akan diwariskan malah Yayasan Bill dan Melinda Gates turut tidak akan diuruskan oleh anak-anak mereka kelak. Sebaliknya semua dana yang ada akan dihabiskan dalam tempoh tertentu selepas Bill meninggal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *