lauk-pauk

Seorang makcik berniaga makanan panas di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya.

Hampir semua harga makanannya hanya RM4.50, sama ada nasi goreng ayam, nasi pattaya, nasi goreng udang, rojak ataupun mee gorengnya.

Bagaimana makcik itu boleh mengekalkan harga yang rendah walaupun sekarang harga bahan mentah semuanya semakin naik?

Jawapannya dengan mengekalkan kos operasi yang rendah.

Warung makcik tersebut hanya terletak di bawah pokok. Jadi tiada sewa ribuan ringgit yang perlu dibayar setiap bulan dan tiada kos renovasi puluhan ribu yang dibelanjakan.

Penjimatan kos ini dipindahkan kepada pelanggannya dengan menjual pada harga yang berpatutan.

Dan kerana itu jumlah pelanggan yang datang boleh tahan banyaknya setiap hari. Jadi walaupun margin untungnya kecil tapi jumlah pelanggan yang ramai tetap membolehkannya membuat sedikit keuntungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *