kreatif-tapi-selamat

Beberapa bulan lalu viral di alam Internet gambar-gambar peniaga yang menjual makanan seperti laksa, nasi lemak dan sate di dalam cawan plastik.

Inilah yang dipanggil kreativiti dan ia menunjukkan peniaga-peniaga tersebut berfikir di luar kotak.

Di dalam bisnes, produk atau servis yang mengunakan pendekatan kreatif dalam menyelesaikan masalah pelanggan akan mendapat kelebihan atau daya saing (competitive edge) berbanding produk/servis lain di dalam pasaran.

Dalam contoh di atas, penggunaan cawan plastik mengggantikan pembalut atau bekas makanan polistrin menyelesaikan masalah pengguna yang ingin makan ‘on the go’ seperti makan sambil memandu kenderaan atau sambil berjalan-jalan. Ia mudah dipegang, dibawa dan diletak di mana-mana tanpa memerlukan meja.

Menurut laman sesawang forbes.com, terdapat 5 langkah ringkas untuk menghasilkan kreativiti dalam bisnes iaitu :

Pertama; cabar atau persoalkan kesemua praktis dan perspektif bisnes sedia ada anda.

Kedua; lihat kepada perkara yang boleh dinilaitambah, ditambahbaik atau ditukar terus. Terokai dan pertimbangkan semua pilihan yang ada.

Ketiga; jana sebanyak mungkin idea baru dan mengujakan walaupun idea tersebut kedengaran tidak masuk akal.

Keempat; nilai dan pilih idea-idea yang nampak potensinya untuk membuahkan hasil yang berjaya meninggalkan impak di kalangan pengguna.

Kelima; selepas dilaksanakan, teruskan menilai keberkesanan idea tersebut dari semasa ke semasa. Tiada ada idea yang kekal berkesan selamanya.

Namun, dalam berkreativiti ada satu satu perkara yang perlu diutamakan iaitu keselamatan kepada pengguna. Idea yang kreatif perlu dipastikan selamat kepada pelanggan apabila dilaksanakan.

Mengambil contoh di atas, penggunaan cawan plastik untuk meletakkan makanan perlu mengambil kira sifat cawan plastik dibuat khas untuk diisi air sejuk sahaja atau dengan kata lain tidak tahan panas. Apabila diletakkan makanan yang panas atau kuah yang panas, plastik tersebut akan mengeluarkan bahan kimia yang membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Jadi, solusi yang boleh mengelakkan perkara ini dari berlaku perlu difikirkan sebelum sesuatu idea kreatif itu dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *